Citation
Ghazali, Ianalisa
(2019)
Faktor personaliti, persekitaran kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia di Briged Tengah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pasukan Polis Diraja Malaysia merupakan agensi penguatkuasaan undang-
undang negara yang terpenting. Penugasannya menuntut setiap anggotanya
dalam keadaan kesiapsiagaan sepanjang masa dalam menghadapi
kemungkinan di luar jangka. Justeru, kepuasan kerja setiap anggota perlu
sentiasa berada pada tahap maksima dalam mencapai kecemerlangan tugas.
Fokus utama kajian ini adalah untuk menentukan hubungan antara
personaliti, persekitaran kerja dan kepuasan kerja dalam kalangan anggota
Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Briged
Tengah. Seramai 300 orang responden terdiri daripada anggota PGA
berpangkat Konstabel hingga Sub Inspektor yang bertugas di Batalion 4 dan
Batalion 19, Briged Tengah, terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih
melalui kaedah persampelan pelbagai peringkat (multi-stage sampling). Data
dikumpul menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh
responden dengan pemantauan minima oleh penyelidik. Kajian ini
menggunakan alat ukuran Work Environment Scale (WES) untuk mengukur
persepsi persekitaran kerja, Indeks Kepuasan Kerja (IKK) digunakan untuk
mengukur kepuasan kerja manakala Big Five Inventory (BFI) digunakan untuk
mengukur tret personaliti responden. Data kajian yang diperolehi dianalisis
menggunakan SPSS versi 22. Data statistik deskriptif digunakan untuk
menganalisis maklumat demografi responden. Manakala ujian korelasi
Pearson, ANOVA dan analisis Regrasi Berganda digunakan untuk menguji
hipotesis kajian yang telah diformulasikan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |