Citation
Hamid, Muhajir
(1995)
Penghasilan Sel Hibridoma Menggunakan Teknik Elektrofusion.
Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.
Abstract
Pelakuran sel-sel somatik untuk menghasilkan sel hibrid
adalah teknik yang telah meluas digunakan dalam kebanyakan bidanq
biologi sel. Elektrofusion adalah di antara teknik yang digunakan
untuk tujuan pelakuran sel. Fenomena pemecahan membran secara
berbalik apabila diaruh oleh arus elektrik adalah faktor utama
berlakunya pelakuran sel. Parameter yang sesuai seperti kekuatan
medan arus elektrik, komposisi media pelakuran, jenis sel dan cara
pengendalian perlu dikaji selidik sebelum melakukan proses
pelakuran.
Kaj ian dihuat untuk memilih beberapa parameter yang sesuai
dalam penghasilan sel hibridoma melalui pelakuran sel Sp2/-Ag14
dengan sel limfosit mencit yang diimunisasi dengan Virus Sampar
Ayam (NDV) strain AF2240. Kajian kemandirian menunjukkan
osmolari ti media pelakuran, kekuatan dan masa pendedahan medan
elektrik adalah parameter yang memheri kesan kepada kemandirian sel. Media pelakuran inositol didapati lebih baik sebagai media
pelakuran berbanding media pelakuran glukosa berdasarkan kepada
peratus penghasilan sel hibridoma dan kemampuan dalam mengekalkan
tahap kemandirian sel. Arus ulang alik pada voltan 350 v/cm dan
frekuensi 2 MHz didapati sesuai untuk proses penjajaran sel
limfosit dan Sp2/0-Ag14. Arus terus pada voltan 3 kV/cm dengan
tiga kali denyutan pada tempoh masa 10 mikrosaat bagi setiap
denyutan adalah berkesan untuk mengaruh pelakuran sel. Perawatan
dengan media hipo-osmolar 75 mOs/kg juga dapat meninggikan
kemungkinan untuk ber lakunya pelakuran. Teknik elektrofusion juga
didapati sesuai digunakan jika kepekatan sel yang digunakan adalah
kurang daripada 106/ml. Tetapi jika sel yang digunakan adalah
pada kepekatan tinggi iai tu melebihi 1011ml, teknik PEG adalah
lebih sesuai kerana lebih murah dan mudah.
Dalam penghasilan antibodi monoklon, teknik elektrofusion
telah berjaya menghasilkan beberapa klon sel hibridoma yang
merembeskan antibodi monoklon terhadap virus Sampar Ayam (NDV).
Pengkelasan antibodi juga telah dibuat dan didapati kebanyakkan
klon merembeskan antibodi kelas IgG yang mempunyai rantai ringan
jenis lambda. Analisis imunoblot menunjukkan antibodi monoklon
bertindakbalas dengan protein antigen subunit F2.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |