UPM Institutional Repository

Penghasilan Hibridoma yang Merembeskan Antibodi Monoklon Terhadap Hormon Tiroksin (T4)


Citation

Yahya, Siti Romlah (1994) Penghasilan Hibridoma yang Merembeskan Antibodi Monoklon Terhadap Hormon Tiroksin (T4). Masters thesis, Universiti Pertanian Malaysia.

Abstract

Pengimunan hormon T4 yang dikonjugatkan dengan molekul albumin serum manusia(ASM) telah dilakukan dengan menyuntik 100 pg/ml hormon tersebut ke atas mencit balb/c. Didapati selepas cabaran kelima, mencit tersebut telah menghasilkan antibodi terhadap hormon T4 dengan titer sebanyak 640. Sel limpa yang telah diimunkan dilakurkan dengan sel miloma NS-l. Untuk mendapat parameter kecekapan perlakuran yang optimum, maka beberapa kajian telah dilakukan. Kajian tersebut meliputi kesan jenama dan berat molekul Polietilina glikol (PEG), suhu semasa perlakuran dan kepekatan PEG telah dilakukan. Hasil yang diperolehi didapati parameter optima bagi proses perlakuran adalah menggunakan PEG jenama Merck yang mempunyai berat molekul 1000(0) dalton yang berkepekatan 50% dan suhu semasa perlakuran adalah 37°C. Oengan menggunakan ketiga-tiga parameter tersebut, sebanyak lima kali perlakuran dilakukan dan didapati koloni hibridoma yang terhasil mencapai sehingga 95%. Oleh yang demikian, parameter yang optima ini digunakan untuk melakurkan sel miloma NS-1 dan limfosit B mencit yang telah diimunkan dengan T4-ASM . Didapati pada kepekatan 2.7 x 106 sel per telaga, hibridoma positif yang terhasil adalah, sebanyak 2.5%, 5.4% dan 1.03% untuk setiap kali perlakuran. Sementara pad a kepekatan sel 8.25 x 105, 5.5 x 105 dan 1.38 x 105 per telaga hibridoma yang terhasil tidak menghasilkan antibodi terhadap hormon T4.


Download File

[img] PDF
FSMB_1994_3_A.pdf

Download (855kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Monoclonal antibodies.
Subject: Thyroxine.
Subject: Immunization.
Call Number: FSMB 1994 3
Chairman Supervisor: Dr. Abdul Manaf Ali
Divisions: Faculty of Food Science and Technology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 12 Nov 2010 01:07
Last Modified: 02 Jul 2012 00:45
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8362
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item