UPM Institutional Repository

Nilai sosial dalam karya kesusasteraan ‘Siddha’


Citation

Tharmalingam, Kayalvily (2019) Nilai sosial dalam karya kesusasteraan ‘Siddha’. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis nilai-nilai sosial yang terdapat dalam puisi-puisi kesusasteraan ‘Siddha’. Walaupun banyak kajian yang berasaskan nilai sosial dikaji sebelum ini, namun tidak ada sebarang kajian ilmiah yang memaparkan nilai-nilai sosial yang terdapat dalam puisi-puisi ‘Siddha’. Di samping itu, sehingga kini, tidak ada juga sebarang kajian ilmiah yang mengkaji khususnya tentang puisi-puisi yang dihasilkan oleh para ‘Siddha’. Kajian-kajian lalu diperlihatkan hanya menyentuh tema perbincangan tentang sejarah trasidisi ‘Siddha’ serta Perubatan ‘Siddha’. Sementara itu, kajian-kajian lepas tentang kesusasteraan ‘Siddha’ yang berbentuk artikel dan jurnal juga hanya menyentuh tema perbincangan pada peringkat asas sahaja. Maka kajian semasa ini membuka peluang dalam dunia penulisan untuk meneliti pemaparan nilai-nilai sosial dalam puisi-puisi para ‘Siddha’ secara terperinci. Objektif kajian ini bersifat mengenalpasti, menganalisis serta merumuskan nila-nilai sosial yang terdapat dalam puisi-puisi para ‘Siddha’ yang terpilih. Kajian ini berpandukan kepada Teori Moral Kant. Kaedah Kajian Perpustakaan telah digunakan untuk mengumpul data secara interprestasi kesusasteraan. Kajian ini berpusatkan kepada tiga nilai sosial terpilih yang mendasari karya kesusasteraan ‘Siddha’ dalam puisi-puisi para ‘Siddha’. Sebanyak 42 buah puisi daripada koleksi antologi puisi-puisi ‘Siddha’, ‘Patinettu Siddhargalin Mukkiya Paadalgalum Vilakkangalum’ telah dipilih sebagai alat kajian utama. Dapatan kajian dapat membuktikan bahawa wujudnya nilai-nilai sosial dalam puisi-puisi kesusasteraan ‘Siddha’ yang dianalisis. Nilai-nilai sosial tersebut ialah, Akhlak (Disiplin), Ketaksamaan Sosial (Sistem Kasta) dan Kepercayaan Agama. Puisi-puisi tersebut telah dicipta mengikut keadaan dan keperluan umat manusia bagi mencapai kerohanian hidup yang sempurna. Penemuan kajian ini mendedahkan bahawa, puisipuisi tersebut juga menjadi panduan hidup kepada manusia sepanjang hayat mereka. Di samping itu, penemuan kajian ke atas puisi-puisi para ‘Siddha’ dapat dijadikan panduan kepada generasi akan datang, selain menjadi perintis kepada kajian-kajian akan datang dalam usaha mendalami aspek-aspek sosial secara terperinci berdasarkan mana-mana hasil karya kesusasteraan ‘Siddha’. Melalui penyelidikan ini, tingkah laku dan pemikiran pembaca puisi-puisi ‘Siddha’ juga dapat diubah. Malahan, penyelidikan ini dapat memperlihatkan persepsi dan peranan puisi-puisi ‘Siddha’ bukan sahaja sekadar khazanah tradisi kesusasteraan ‘Siddha’ semata-mata. Malahan, penyelidikan ini berjaya membuktikan fungsi puisi-puisi ‘Siddha’ dapat dikukuhkan serta peranannya sebagai sumber nilai sosial dalam pembentukan seorang insan yang bahagia dan sejahtera yang dapat membentuk kebahagiaan dalam kehidupan seharian.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 6 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Social values in literature
Subject: Siddhas - Poetry
Call Number: FBMK 2019 6
Chairman Supervisor: Profesor Madya Paramasivam Muthusamy, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: nilai, sosial, puisi, ‘Siddha’
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 28 Sep 2020 01:50
Last Modified: 06 Jan 2022 03:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83429
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item