Citation
Tharmalingam, Kayalvily
(2019)
Nilai sosial dalam karya kesusasteraan ‘Siddha’.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis nilai-nilai sosial yang terdapat dalam puisi-puisi
kesusasteraan ‘Siddha’. Walaupun banyak kajian yang berasaskan nilai sosial dikaji
sebelum ini, namun tidak ada sebarang kajian ilmiah yang memaparkan nilai-nilai
sosial yang terdapat dalam puisi-puisi ‘Siddha’. Di samping itu, sehingga kini, tidak
ada juga sebarang kajian ilmiah yang mengkaji khususnya tentang puisi-puisi yang
dihasilkan oleh para ‘Siddha’. Kajian-kajian lalu diperlihatkan hanya menyentuh
tema perbincangan tentang sejarah trasidisi ‘Siddha’ serta Perubatan ‘Siddha’.
Sementara itu, kajian-kajian lepas tentang kesusasteraan ‘Siddha’ yang berbentuk
artikel dan jurnal juga hanya menyentuh tema perbincangan pada peringkat asas
sahaja. Maka kajian semasa ini membuka peluang dalam dunia penulisan untuk
meneliti pemaparan nilai-nilai sosial dalam puisi-puisi para ‘Siddha’ secara
terperinci. Objektif kajian ini bersifat mengenalpasti, menganalisis serta
merumuskan nila-nilai sosial yang terdapat dalam puisi-puisi para ‘Siddha’ yang
terpilih. Kajian ini berpandukan kepada Teori Moral Kant. Kaedah Kajian
Perpustakaan telah digunakan untuk mengumpul data secara interprestasi
kesusasteraan. Kajian ini berpusatkan kepada tiga nilai sosial terpilih yang mendasari
karya kesusasteraan ‘Siddha’ dalam puisi-puisi para ‘Siddha’. Sebanyak 42 buah
puisi daripada koleksi antologi puisi-puisi ‘Siddha’, ‘Patinettu Siddhargalin Mukkiya
Paadalgalum Vilakkangalum’ telah dipilih sebagai alat kajian utama. Dapatan kajian
dapat membuktikan bahawa wujudnya nilai-nilai sosial dalam puisi-puisi
kesusasteraan ‘Siddha’ yang dianalisis. Nilai-nilai sosial tersebut ialah, Akhlak
(Disiplin), Ketaksamaan Sosial (Sistem Kasta) dan Kepercayaan Agama. Puisi-puisi
tersebut telah dicipta mengikut keadaan dan keperluan umat manusia bagi mencapai
kerohanian hidup yang sempurna. Penemuan kajian ini mendedahkan bahawa, puisipuisi
tersebut juga menjadi panduan hidup kepada manusia sepanjang hayat mereka.
Di samping itu, penemuan kajian ke atas puisi-puisi para ‘Siddha’ dapat dijadikan
panduan kepada generasi akan datang, selain menjadi perintis kepada kajian-kajian
akan datang dalam usaha mendalami aspek-aspek sosial secara terperinci
berdasarkan mana-mana hasil karya kesusasteraan ‘Siddha’. Melalui penyelidikan ini, tingkah laku dan pemikiran pembaca puisi-puisi ‘Siddha’ juga dapat diubah.
Malahan, penyelidikan ini dapat memperlihatkan persepsi dan peranan puisi-puisi
‘Siddha’ bukan sahaja sekadar khazanah tradisi kesusasteraan ‘Siddha’ semata-mata.
Malahan, penyelidikan ini berjaya membuktikan fungsi puisi-puisi ‘Siddha’ dapat
dikukuhkan serta peranannya sebagai sumber nilai sosial dalam pembentukan
seorang insan yang bahagia dan sejahtera yang dapat membentuk kebahagiaan dalam
kehidupan seharian.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |