UPM Institutional Repository

Penguasaan imbuhan dalam kalangan murid bukan melayu


Citation

Aminul Razin, Amirra Shazreena (2019) Penguasaan imbuhan dalam kalangan murid bukan melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini memfokuskan penguasaan imbuhan awalan dan akhiran dalam kalangan murid bukan Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesilapan imbuhan awalan dan akhiran yang dilakukan oleh murid SJK(T) berdasarkan Teori Analisis Kesilapan Corder (1973), menjelaskan faktor masalah penguasaan imbuhan dalam kalangan murid SJK(T) dan menghasilkan modul untuk memantapkan penguasaan imbuhan dalam kalangan murid SJK(T) menggunakan pendekatan DDR. Pendekatan Penyelidikan Reka bentuk dan Pembangunan (DDR) dan Teori Analisis Kesilapan Corder (1973) digunakan sebagai landasan kajian ini. Penyelidikan ini menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan tinjauan lapangan. Alat yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian penilaian kemahiran imbuhan dan soal selidik. Pengkaji telah memilih 15 imbuhan awalan dan 15 imbuhan akhiran dalam membina soalan untuk diuji dalam kalangan 69 orang responden, iaitu murid darjah lima. Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Analisis Kesalahan imbuhan awalan yang paling banyak dilakukan oleh murid berasaskan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) ialah penambahan unsur yang tidak perlu, iaitu sebanyak 60% dan kesalahan dalam imbuhan akhiran yang paling banyak dilakukan murid ialah pemilihan unsur yang tidak tepat, iaitu sebanyak 69% kesalahan. Berdasarkan maklumat tersebut, dapat diketahui jenis kesalahan yang banyak dilakukan oleh murid dalam pengimbuhan untuk memudahkan penambahbaikan dibuat. Selain itu, faktor yang mempengaruhi penguasaan imbuhan murid SJKT yang telah ditemui dalam kajian ini ialah pengaruh bahasa ibunda guru, faktor sikap ibu bapa di sekolah, faktor persekitaran, faktor gaya pengajaran dari segi masa, faktor pengaruh bahasa ibunda murid, faktor sikap murid serta faktor sikap ibu bapa. Maka, Modul Celik Imbuhan didirikan untuk membantu guru dan murid memantapkan imbuhan mereka menggunakan Teknik Mnemonik, iaitu Teknik akrostik dan kata kunci bagi memudahkan murid untuk mengenal pasti huruf yang berkaitan dan huruf yang perlu digugurkan setelah berlaku pengimbuhan dengan mudah dan cepat. Modul ini didirikan melalui Pendekatan Penyelidikan Rekabentuk dan Pembangunan (DDR) iaitu satu konsep penyelidikan yang membangunkan sesuatu kajian dengan teratur dan sistematik.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 1 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Suffixes and prefixes
Call Number: FBMK 2019 1
Chairman Supervisor: Profesor Vijayaletchumy Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: bahasa Melayu, Murid India;imbuhan awalan; imbuhan akhiran; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 01 Oct 2020 03:44
Last Modified: 06 Jan 2022 04:08
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83411
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item