UPM Institutional Repository

Pemerengganan teks dalam buku Ibu Bapa Bijak Keluarga Bahagia


Citation

Mohd Noor, Atikah (2018) Pemerengganan teks dalam buku Ibu Bapa Bijak Keluarga Bahagia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Pemerengganan teks dalam sesebuah buku mempunyai peranan penting untuk menghasilkan penulisan yang berkesan agar dapat menjadi wadah perhubungan, menyampaikan idea dan pengalaman daripada minda penulis kepada pembaca. Permasalahan kajian ini ialah berlakunya penulisan yang tidak mempunyai perenggan akan menyebabkan pembaca sukar memahami jalur pemikiran penulis dan kesukaran menumpukan perhatian pada idea yang dikemukakan, serta akan menyebabkan pembaca tidak dapat memahami idea yang disampaikan oleh penulis. Kajian menggunakan kaedah analisis teks dan data kajian dipilih berdasarkan sampel rawak mudah terhadap 12 tajuk, iaitu 30 peratus daripada populasi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis struktur pemerengganan teks dalam buku Ibu Bapa Bijak Keluarga Bahagia (IBBKB). Objektif kedua ialah menganalisis jenis struktur pemerengganan teks dalam buku Ibu Bapa Bijak Keluarga Bahagia dengan menggunakan pendekatan Model Jenis Struktur Perenggan Teks (Mohd Azhar Abd Hamid et al., 2001) dengan memberi tumpuan kepada penggunaan ayat majmuk keterangan. Objektif ketiga ialah merumuskan pemerengganan teks yang utuh dalam buku IBBKB. Hasil kajian daripada objektif pertama didapati bahawa penulis buku motivasi ini menggunakan jenis struktur perenggan pengenalan deskriptif, penceritaan, dan ringkasan, perenggan isi deduktif, induktif, dampingan, perbandingan dan kutipan/dialog, serta menggunakan empat fungsi perenggan penutup, iaitu penyimpulan, pengukuhan tema-mesej, penjelasan pengertian, dan kepuasan penulis/pembaca. Dapatan objektif kedua pula didapati bahawa kepelbagaian penggunaan jenis struktur pemerengganan teks memainkan peranan penting dalam menjelaskan idea untuk mengembangkan sesebuah perenggan sama ada dari segi penghuraian sesuatu idea tema pada permulaan perenggan, kedudukan ayat topik dan huraian sokongan, serta pengakhiran perenggan, di samping mampu mempengaruhi minat pembaca. Justeru, dalam pembentukan sesebuah perenggan memerlukan penulis menggunakan ayat majmuk keterangan dalam menghuraikan dan menyampaikan mesej yang jelas dan mudah kepada pembaca. Hasil dapatan bagi objektif ketiga didapati bahawa penulis menerapkan kesatuan dalam perenggan dengan memfokuskan kepada satu tema dalam jalinan keseluruhan perenggan. Manakala,kepaduan dapat dilihat apabila penulis berupaya menjalin dengan rapi ayat-ayat dalam perenggan sehingga ayat tersebut memperlihat kesinambungan antara satu sama lain. Seterusnya, perkembangan perenggan dapat dilihat apabila penulis berupaya mengembangkan sesuatu idea dengan disertai penerangan huraian lanjut agar pembaca jelas dengan idea yang dikemukakan dan memenuhi konsep keutuhan dalam perenggan. Kesimpulannya, kepelbagaian penggunaan perenggan dan penggunaan ayat majmuk keterangan dalam buku motivasi ini berupaya dalam menyampaikan mesej yang positif, dan dapat dijadikan panduan serta teladan dalam kehidupan pembaca.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 93 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay language - Paragraphs
Subject: Malay language - Rhetoric
Call Number: FBMK 2018 93
Chairman Supervisor: Sharil Nizam bin Sha’ri, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: jenis struktur perenggan pengenalan; jenis struktur perenggan isi; fungsi perenggan penutup, ayat majmuk keterangan.
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 18 Sep 2020 00:10
Last Modified: 06 Jan 2022 04:21
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83406
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item