Citation
Mohd Noor, Atikah
(2018)
Pemerengganan teks dalam buku Ibu Bapa Bijak Keluarga Bahagia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Pemerengganan teks dalam sesebuah buku mempunyai peranan penting untuk
menghasilkan penulisan yang berkesan agar dapat menjadi wadah perhubungan,
menyampaikan idea dan pengalaman daripada minda penulis kepada pembaca.
Permasalahan kajian ini ialah berlakunya penulisan yang tidak mempunyai perenggan
akan menyebabkan pembaca sukar memahami jalur pemikiran penulis dan kesukaran
menumpukan perhatian pada idea yang dikemukakan, serta akan menyebabkan
pembaca tidak dapat memahami idea yang disampaikan oleh penulis. Kajian
menggunakan kaedah analisis teks dan data kajian dipilih berdasarkan sampel rawak
mudah terhadap 12 tajuk, iaitu 30 peratus daripada populasi. Objektif kajian ini adalah
untuk mengenal pasti jenis struktur pemerengganan teks dalam buku Ibu Bapa Bijak
Keluarga Bahagia (IBBKB). Objektif kedua ialah menganalisis jenis struktur
pemerengganan teks dalam buku Ibu Bapa Bijak Keluarga Bahagia dengan
menggunakan pendekatan Model Jenis Struktur Perenggan Teks (Mohd Azhar Abd
Hamid et al., 2001) dengan memberi tumpuan kepada penggunaan ayat majmuk
keterangan. Objektif ketiga ialah merumuskan pemerengganan teks yang utuh dalam
buku IBBKB. Hasil kajian daripada objektif pertama didapati bahawa penulis buku
motivasi ini menggunakan jenis struktur perenggan pengenalan deskriptif, penceritaan,
dan ringkasan, perenggan isi deduktif, induktif, dampingan, perbandingan dan
kutipan/dialog, serta menggunakan empat fungsi perenggan penutup, iaitu penyimpulan,
pengukuhan tema-mesej, penjelasan pengertian, dan kepuasan penulis/pembaca.
Dapatan objektif kedua pula didapati bahawa kepelbagaian penggunaan jenis struktur
pemerengganan teks memainkan peranan penting dalam menjelaskan idea untuk
mengembangkan sesebuah perenggan sama ada dari segi penghuraian sesuatu idea
tema pada permulaan perenggan, kedudukan ayat topik dan huraian sokongan, serta
pengakhiran perenggan, di samping mampu mempengaruhi minat pembaca. Justeru,
dalam pembentukan sesebuah perenggan memerlukan penulis menggunakan ayat
majmuk keterangan dalam menghuraikan dan menyampaikan mesej yang jelas dan
mudah kepada pembaca. Hasil dapatan bagi objektif ketiga didapati bahawa penulis
menerapkan kesatuan dalam perenggan dengan memfokuskan kepada satu tema dalam
jalinan keseluruhan perenggan. Manakala,kepaduan dapat dilihat apabila penulis
berupaya menjalin dengan rapi ayat-ayat dalam perenggan sehingga ayat tersebut
memperlihat kesinambungan antara satu sama lain. Seterusnya, perkembangan perenggan dapat dilihat apabila penulis berupaya mengembangkan sesuatu idea dengan
disertai penerangan huraian lanjut agar pembaca jelas dengan idea yang dikemukakan
dan memenuhi konsep keutuhan dalam perenggan. Kesimpulannya, kepelbagaian
penggunaan perenggan dan penggunaan ayat majmuk keterangan dalam buku motivasi
ini berupaya dalam menyampaikan mesej yang positif, dan dapat dijadikan panduan
serta teladan dalam kehidupan pembaca.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Malay language - Paragraphs |
Subject: |
Malay language - Rhetoric |
Call Number: |
FBMK 2018 93 |
Chairman Supervisor: |
Sharil Nizam bin Sha’ri, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: |
jenis struktur perenggan pengenalan; jenis struktur perenggan isi; fungsi
perenggan penutup, ayat majmuk keterangan. |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
18 Sep 2020 00:10 |
Last Modified: |
06 Jan 2022 04:21 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83406 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |