UPM Institutional Repository

Pemerolehan dan penguasaan leksikal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak India di prasekolah


Citation

Marimothu, Gayatri (2018) Pemerolehan dan penguasaan leksikal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak India di prasekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan leksikal bahasa Melayu dalam kalangan kanak- kanak India melalui rangsangan visual. Kajian ini berfokus kepada pemerolehan dan penguasaan leksikal kanak- kanak India dari aspek golongan kata. Kajian ini dijalankan dalam kalangan kanak-kanak India yang berusia 4-6 tahun di prasekolah dan merupakan tahap penguasaan bahasa yang kritikal. Objektif kajian ini ialah untuk Objektif kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenal pasti tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak India di prasekolah. Di samping itu kajian yang dijalankan juga menghuraikan tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak India. Bukan itu sahaja, kajian yang dijalankan ini menjelaskan faktor-faktor afektif dalam penguasaan leksikal bahasa Melayu. Pemerhatian dilakukan ke atas 17 orang kanak-kanak India prasekolah di tiga Smart Readers sekitar daerah Seremban. Penyelidik menjalankan kajian lapangan menggunakan kaedah pemerhatian. Bahan- bahan bergambar digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini untuk membolehkan kanak- kanak dapat mengungkapkan maksud leksikal bahasa Melayu melalui bahan- bahan rangsangan visual. Penyelidik juga mendapati tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu kanak- kanak adalah baik tetapi dipengaruhi oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda. Namun begitgu tahap pemrolehan dan penguasaan bahasa kedua kanak-kanak semakin baik apabila usia meningkat. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor afektif yang mempengaruhi proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak- kanak.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 90 - ir.pdf

Download (595kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Second language acquisition
Subject: Malay language - Lexicology
Subject: Malay language - Study and teaching (Early childhood)
Call Number: FBMK 2018 90
Chairman Supervisor: Rohaidah Binti Kamaruddin, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: Pemerolehan leksikal bahasa Melayu, penguasaan leksikal, kanak-kanak India, rangsangan visual, golongan kata, Teori Monitor
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 17 Sep 2020 07:45
Last Modified: 06 Jan 2022 04:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83403
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item