Citation
Marimothu, Gayatri
(2018)
Pemerolehan dan penguasaan leksikal Bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak India di prasekolah.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemerolehan leksikal bahasa Melayu dalam kalangan kanak- kanak India melalui rangsangan visual. Kajian ini berfokus kepada pemerolehan dan penguasaan leksikal kanak- kanak India dari aspek golongan kata. Kajian ini dijalankan dalam kalangan kanak-kanak India yang berusia 4-6 tahun di prasekolah dan merupakan tahap penguasaan bahasa yang kritikal. Objektif kajian ini ialah untuk Objektif kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenal pasti tahap pemerolehan dan penguasaan bahasa Melayu kanak-kanak India di prasekolah. Di samping itu kajian yang dijalankan juga menghuraikan tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak India. Bukan itu sahaja, kajian yang dijalankan ini menjelaskan faktor-faktor afektif dalam penguasaan leksikal bahasa Melayu.
Pemerhatian dilakukan ke atas 17 orang kanak-kanak India prasekolah di tiga Smart Readers sekitar daerah Seremban. Penyelidik menjalankan kajian lapangan menggunakan kaedah pemerhatian. Bahan- bahan bergambar digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini untuk membolehkan kanak- kanak dapat mengungkapkan maksud leksikal bahasa Melayu melalui bahan- bahan rangsangan visual. Penyelidik juga mendapati tahap pemerolehan dan penguasaan leksikal bahasa Melayu kanak- kanak adalah baik tetapi dipengaruhi oleh bahasa pertama atau bahasa ibunda. Namun begitgu tahap pemrolehan dan penguasaan bahasa kedua kanak-kanak semakin baik apabila usia meningkat. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa faktor afektif yang mempengaruhi proses pemerolehan bahasa dalam kalangan kanak- kanak.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Masters)
|
Subject: |
Second language acquisition |
Subject: |
Malay language - Lexicology |
Subject: |
Malay language - Study and teaching (Early childhood) |
Call Number: |
FBMK 2018 90 |
Chairman Supervisor: |
Rohaidah Binti Kamaruddin, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: |
Pemerolehan leksikal bahasa Melayu, penguasaan leksikal, kanak-kanak India, rangsangan visual, golongan kata, Teori Monitor |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
17 Sep 2020 07:45 |
Last Modified: |
06 Jan 2022 04:27 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83403 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |