Citation
Abdul Ghani, Hisamuddin
(2018)
Kata pinjaman bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu dari sudut sosiolinguistik.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini memfokuskan kepada kata pinjaman Inggeris dalam bahasa
Melayu.Perbincangan melibatkan aspek penerimaan dan sikap bahasa pelajar
terhadap penyerapan kata pinjaman Inggeris ke dalam Bahasa Melayu.Idea
tentang kajian ini tercetus memandangkan tindakan sebilangan masyarakat
Malaysia yang gemar menyerap kata asing sewenang-wenangnya dan telah
memberi pelbagai tanggapan kurang baik terhadap martabat bahasa
Melayu.Selain itu, lunturnya penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar disebabkan penyerapan kata pinjaman Inggeris dan juga pembentukan
kosa kata baharu sebagai hasil ciptaan pengguna bahasa yang kreatif. Hasil
penulisan dan kajian tentang aspek kata pinjaman Inggeris masih kurang.
Setakat ini hanya ada beberapa kajian yang mengkaji penggunaan kata
pinjaman Inggeris dalam akhbar dan dalam kalangan remaja. Oleh itu, ini
memberi ruang untuk sebuah kajian dilaksanakan untuk mengaitkan aspek
kata pinjaman dengan penerimaan dan sikap bahasa dalam kalangan pelajar
di Institut Pendidikan Guru. Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk
menganalisis tahappenerimaanpelajar terhadap sebuatan baku bagi kata
pinjaman Inggeris.Objektif seterusnya adalah untuk menganalisis tahap
penerimaan pelajar terhadap kosa kata pinjaman Inggeris. Manakala objektif
terakhir adalah untuk menghubungkait tahap penerimaan pelajar terhadap
kosa kata pinjaman Inggeris dengan faktor sikap bahasa berdasarkan Teori
Sikap Bahasa Fishman dan Agheyis (1970). Kajian ini menggunakan
pendekatan deskriptif berbentuk kualitatif dengan teknik pengutipan data
secara temu bual terbuka, pemerhatian turut serta dan analisis dokumen.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan pelajar terhadap sebutan
baku bagi kata pinjaman Inggeris adalah pada tahap rendah. Dari segi
penerimaan pelajar, menunjukkan tahap penerimaan cemerlangterhadap kata
pinjaman Inggeris dalam bahasa Melayu. Akhirnya dapatan kajian telah dapat
mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar memilih dan
menggunakan kata pinjaman Inggeris berbanding kosa kata Melayu sedia ada
berdasarkan mandala kognitif, afektif dan konatif. Hasil kajian ini dapat
digunakan untuk menjelaskan persepsi masyarakat bagi membantu proses
pembangunan bahasa Melayu di Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Item Type: |
Thesis
(Doctoral)
|
Subject: |
Malay language - Foreign words and phrases - English |
Subject: |
Comparative linguistics - Research |
Subject: |
English language - Phonology |
Call Number: |
FBMK 2018 81 |
Chairman Supervisor: |
Hasnah binti Mohamad, PhD |
Divisions: |
Faculty of Modern Language and Communication |
Keywords: |
Kata pinjaman, sikap bahasa, kognitif, afektif, konatif |
Depositing User: |
Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
|
Date Deposited: |
17 Sep 2020 06:28 |
Last Modified: |
17 Sep 2020 06:28 |
URI: |
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83387 |
Statistic Details: |
View Download Statistic |
Actions (login required)
|
View Item |