UPM Institutional Repository

Watak dan perwatakan utama dalam cerita jenaka Melayu


Citation

Ismail, Muhammad Safuan (2015) Watak dan perwatakan utama dalam cerita jenaka Melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Cerita jenaka Melayu merupakan salah satu cabang sastera rakyat yang mengandungi watak dan perwatakan lucu sehingga mencuit hati pendengarnya. Sarjana barat iaitu Winstedt telah menyatakan bahawa cerita jenaka Melayu mempunyai lima watak iaitu watak Pak Pandir, watak Pak Kaduk, watak Pak Belalang, watak Si Luncai dan watak Lebai Malang yang berperwatakan bodoh, bodoh sial dan juga pintar. Perwatakan yang digambarkan oleh sarjana barat ini bersifat negative. Namun jelas digambarkan oleh penglipurlara bahawa watak-watak ini mempunyai perwatakan yang murni. Sehubungan dengan itu, Pandangan yang bersifat negatif ini hanya melihat pada satu lapis makna sahaja iaitu bodoh dan sial. Sorotan kajian yang dilakukan oleh pengkaji mendapati bahawa wujudnya tiga pandangan yang berbeza seperti jenis watak, watak dan perwatakan, serta pandangan masyarakat terhadap watak dan perwatakan menerusi cerita cerita jenaka Melayu. Pengkaji-pengkaji lepas turut terikut dengan pandangan Winstedt tersebut tanpa mengkaji dengan lebih mendalam alasan watak utama itu melakukan sesuatu tindakan sehingga memperlihatkan kebodohan diri sendiri. Oleh itu, wujudnya kekosongan ruang yang telah diperkemaskan oleh pengkaji untuk melihat watak dan perwatakan yang bersifat positif. Kajian ini mempunyai dua objektif kajian yang telah dikenalpasti iaitu memperlihatkan watak dan perwatakan menerusi cerita jenaka Melayu dan menganalisis watak dan perwatakan yang bersifat positif menerusi cerita jenaka Melayu. Dalam mencapai objektif kajian, kaedah kepustakaan dan analisis bahan menerusi hasil rakaman telah digunakan untuk menerapkan pendekatan psikologi humanistik. Hasil kajian menunjukkan bahawa watak-watak yang terdapat dalam cerita jenaka Melayu tradisional memiliki perwatakan yang bersifat poisitif, walaupun sebelumnya digambarkan sebagai watak dan perwatakan yang bersifat negatif. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat watak dan perwatakan yang bersifat positif seperti watak dan perwatakan yang ringan tulang dan pandai, watak dan perwatakan yang menurut perintah dan bijaksana, watak dan perwatakan yang berani dan pintar, watak dan perwatakan yang mempertahankan hak dan bijaksana, watak dan perwatakan yang menepati janji dan cerdas, watak dan perwatakan yang berdikari dan cerdik, watak dan perwatakan yang tidak tamak dan cerdas serta watak dan perwatakan yang jujur dan cerdas. Maka, kajian ini seharusnya dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap cerita jenaka Melayu yang bersifat negatif kepada watak dan perwatakan yang bersifat positif.


Download File

[img] Text
FBMK 2015 11 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Characters and characteristics in literature
Subject: Folk literature, Malay
Call Number: FBMK 2015 11
Chairman Supervisor: Roslina Bt Abu Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 04:06
Last Modified: 06 Jan 2022 06:58
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83354
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item