Citation
Ismail, Muhammad Safuan
(2015)
Watak dan perwatakan utama dalam cerita jenaka Melayu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Cerita jenaka Melayu merupakan salah satu cabang sastera rakyat yang mengandungi
watak dan perwatakan lucu sehingga mencuit hati pendengarnya. Sarjana barat iaitu
Winstedt telah menyatakan bahawa cerita jenaka Melayu mempunyai lima watak iaitu
watak Pak Pandir, watak Pak Kaduk, watak Pak Belalang, watak Si Luncai dan watak
Lebai Malang yang berperwatakan bodoh, bodoh sial dan juga pintar. Perwatakan yang
digambarkan oleh sarjana barat ini bersifat negative. Namun jelas digambarkan oleh
penglipurlara bahawa watak-watak ini mempunyai perwatakan yang murni.
Sehubungan dengan itu, Pandangan yang bersifat negatif ini hanya melihat pada satu
lapis makna sahaja iaitu bodoh dan sial. Sorotan kajian yang dilakukan oleh pengkaji
mendapati bahawa wujudnya tiga pandangan yang berbeza seperti jenis watak, watak
dan perwatakan, serta pandangan masyarakat terhadap watak dan perwatakan menerusi
cerita cerita jenaka Melayu. Pengkaji-pengkaji lepas turut terikut dengan pandangan
Winstedt tersebut tanpa mengkaji dengan lebih mendalam alasan watak utama itu
melakukan sesuatu tindakan sehingga memperlihatkan kebodohan diri sendiri. Oleh itu,
wujudnya kekosongan ruang yang telah diperkemaskan oleh pengkaji untuk melihat
watak dan perwatakan yang bersifat positif. Kajian ini mempunyai dua objektif kajian
yang telah dikenalpasti iaitu memperlihatkan watak dan perwatakan menerusi cerita
jenaka Melayu dan menganalisis watak dan perwatakan yang bersifat positif menerusi
cerita jenaka Melayu. Dalam mencapai objektif kajian, kaedah kepustakaan dan
analisis bahan menerusi hasil rakaman telah digunakan untuk menerapkan pendekatan
psikologi humanistik. Hasil kajian menunjukkan bahawa watak-watak yang terdapat
dalam cerita jenaka Melayu tradisional memiliki perwatakan yang bersifat poisitif,
walaupun sebelumnya digambarkan sebagai watak dan perwatakan yang bersifat
negatif. Selain itu, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat watak dan perwatakan
yang bersifat positif seperti watak dan perwatakan yang ringan tulang dan pandai,
watak dan perwatakan yang menurut perintah dan bijaksana, watak dan perwatakan
yang berani dan pintar, watak dan perwatakan yang mempertahankan hak dan bijaksana, watak dan perwatakan yang menepati janji dan cerdas, watak dan
perwatakan yang berdikari dan cerdik, watak dan perwatakan yang tidak tamak dan
cerdas serta watak dan perwatakan yang jujur dan cerdas. Maka, kajian ini seharusnya
dapat mengubah pandangan masyarakat terhadap cerita jenaka Melayu yang bersifat
negatif kepada watak dan perwatakan yang bersifat positif.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |