UPM Institutional Repository

Lema dalam pantun Melayu Minangkabau


Citation

Mohd Zawawi, Azyantee (2016) Lema dalam pantun Melayu Minangkabau. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penyelidikan yang berkaitan dengan Lema Dalam Penghasilan Pertuturan Dengan Nilai Murni Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt (1999), belum pernah dikaji oleh penyelidik di Malaysia. Dapatan Kajian yang ada hanyalah yang berkaitan dengan analisis komunikasi mengikut output lingkaran luar Teori Penghasilan Tuturan Levelt (2012). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji capaian lema dalam penzahiran pantun masyarakat Melayu Minangkabau. Lema ialah istilah yang digunakan oleh Levelt untuk leksikal. Lokasi kajian yang dipilih ialah Negeri Sembilan. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan lapangan untuk merakam data serta menemu bual informan. Analisis kandungan digunakan untuk menganalisis hasil kajian. Kajian ini berpaksikan tiga objektif iaitu untuk mengenal pasti lema dalam kandungan pantun Melayu Minangkabau. Manakala objektif kajian yang kedua adalah untuk menghuraikan fungsi lema dalam pantun Melayu Minangkabau mengikut Teori Levelt. Dan objektif kajian yang ketiga adalah untuk mengolah semula lema dalam pantun Melayu Minangkabau yang mengandungi nilai murni. Dapatan kajian mendapati bahawa nilai murni yang paling dominan diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu Minangkabau ialah nilai merantau. Hal ini dapat dibuktikan melalui sejarah penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu. Penggunaan Teori Penghasilan Pertuturan Levelt 1999 juga adalah menepati kehendak kajian dalam mengkaji penzahiran pantun Melayu Minangkabau. Data dirakam menggunakan alat rakaman sewaktu informan menzahirkan pantun Melayu Minangkabau. Pengesahan daripada informan juga dilakukan bagi beberapa lema yang tidak difahami oleh pengkaji. Data dan analisis kajian dipersembahkan dalam bentuk huraian. Analisis kajian juga turut dilakukan mengikut aspek Lingkaran Luaran dan Lingkaran Dalaman menurut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt. Justeru itu, kajian ini mendapati terdapat perbezaan dalam aspek pertuturan fonetik diantara dialek Melayu Minangkabau dengan Bahasa Melayu walaupun terdapat kemiripan lema diantara keduanya. Hasil kajian ini diharap dapat memberi idea baru dalam kajian terhadap keunikan pantun Melayu Minangkabau terutamanya dari sudut linguistik.


Download File

[img] Text
FBMK 2016 88 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Prose poems - Research
Subject: Malay poetry - Indonesia - History and criticism
Call Number: FBMK 2016 88
Chairman Supervisor: Profesor Madya Noor Aina Bt Dani, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Keywords: lema, pantun, Melayu Minangkabau dan nilai
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 04:03
Last Modified: 06 Jan 2022 07:03
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83352
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item