Citation
Mohd Zawawi, Azyantee
(2016)
Lema dalam pantun Melayu Minangkabau.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Penyelidikan yang berkaitan dengan Lema Dalam Penghasilan Pertuturan
Dengan Nilai Murni Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori
Penghasilan Pertuturan Levelt (1999), belum pernah dikaji oleh penyelidik di
Malaysia. Dapatan Kajian yang ada hanyalah yang berkaitan dengan analisis
komunikasi mengikut output lingkaran luar Teori Penghasilan Tuturan Levelt
(2012). Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji
capaian lema dalam penzahiran pantun masyarakat Melayu Minangkabau.
Lema ialah istilah yang digunakan oleh Levelt untuk leksikal. Lokasi kajian yang
dipilih ialah Negeri Sembilan. Penyelidik menggunakan kaedah tinjauan
lapangan untuk merakam data serta menemu bual informan. Analisis kandungan
digunakan untuk menganalisis hasil kajian. Kajian ini berpaksikan tiga objektif
iaitu untuk mengenal pasti lema dalam kandungan pantun Melayu Minangkabau.
Manakala objektif kajian yang kedua adalah untuk menghuraikan fungsi lema
dalam pantun Melayu Minangkabau mengikut Teori Levelt. Dan objektif kajian
yang ketiga adalah untuk mengolah semula lema dalam pantun Melayu
Minangkabau yang mengandungi nilai murni. Dapatan kajian mendapati bahawa
nilai murni yang paling dominan diamalkan dalam kalangan masyarakat Melayu
Minangkabau ialah nilai merantau. Hal ini dapat dibuktikan melalui sejarah
penghijrahan masyarakat Minangkabau ke Tanah Melayu. Penggunaan Teori
Penghasilan Pertuturan Levelt 1999 juga adalah menepati kehendak kajian
dalam mengkaji penzahiran pantun Melayu Minangkabau. Data dirakam
menggunakan alat rakaman sewaktu informan menzahirkan pantun Melayu
Minangkabau. Pengesahan daripada informan juga dilakukan bagi beberapa
lema yang tidak difahami oleh pengkaji. Data dan analisis kajian
dipersembahkan dalam bentuk huraian. Analisis kajian juga turut dilakukan
mengikut aspek Lingkaran Luaran dan Lingkaran Dalaman menurut Teori
Penghasilan Pertuturan Levelt. Justeru itu, kajian ini mendapati terdapat
perbezaan dalam aspek pertuturan fonetik diantara dialek Melayu Minangkabau
dengan Bahasa Melayu walaupun terdapat kemiripan lema diantara keduanya.
Hasil kajian ini diharap dapat memberi idea baru dalam kajian terhadap keunikan
pantun Melayu Minangkabau terutamanya dari sudut linguistik.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |