UPM Institutional Repository

Emansipasi wanita dalam novel-novel pilihan


Citation

Mat Rusok, Nurhasmira (2018) Emansipasi wanita dalam novel-novel pilihan. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat emansipasi wanita dalam novel-novel terpilih dari tahun 1960-an hingga 1990-an. Novel-novel pilihan itu dihasilkan oleh pengarang-pengarang wanita seperti Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi dan Rosmini Shaari. Bertitik tolak daripada kenyataan Che Asmah Yaacob, yang menegaskan bahawa asas perjuangan kaum wanita masa kini sepatutnya tidak dilakukan secara membuta tuli dan kepentingan peranan wanita dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat perlu diberi perhatian. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mencapai objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti aspek-aspek emansipasi wanita dalam novel Melayu pilihan. Objektif seterusnya ialah menganalisis dan merumuskan aspek-aspek emansipasi iaitu karya sebagai forum dalam membicarakan tentang soal wanita, karya yang membantu mewujudkan persefahaman, wanita sebagai role model untuk diteladani, karya memupuk semangat persaudaraan dan karya yang akan menimbulkan kesedaran kepada khalayak. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan analisis teks. Di samping itu, kajian ini mengaplikasikan teori feminisme saranan Cheri Register (1975) berpandukan kepada Al-Quran dan hadis serta kajian oleh Baterah Alias dan Che Zarrina Sa’ari (2006) mengenai Islam dan hubungannya dengan emansiapsi wanita. Kajian ini menggunakan lima buah novel pilihan iaitu Badai Semalam (1968) oleh Khadijah Hashim, Sebelum Penghujongnya Musim (1972) oleh Zaharah Nawawi, Di tengah Kabus (1980) oleh Khadijah Hashim, Jaringan (1990) oleh Rosmini Shaari dan Senator Adila (1992) oleh Khadijah Hashim. Dapatan kajian ini ialah dapat memperlihatkan emansipasi wanita menerusi aspek karya sebagai forum dalam membicarakan tentang soal wanita, karya membantu mewujudkan persefahaman, wanita sebagai role model untuk di teladani, karya memupuk semangat persaudaraan dan karya menimbulkan kesedaran kepada khalayak. Jelas di sini, karya-karya sastera yang di kaji cenderung menampilkan watak protagonis dalam mengangkat kedudukan dan martabat wanita di mata masyarakat.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 34 IR.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Women and literature
Subject: Malay literature
Call Number: FBMK 2019 34
Chairman Supervisor: Roslina Abu Bakar, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 11 Sep 2020 00:16
Last Modified: 11 Sep 2020 00:16
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83350
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item