Citation
Md. Nor, Salahuddin
(2018)
Elemen balaghah melalui pemaparan sifat bakhil dalam karya Al-Bukhal Ā’ oleh Al-J Āḥi Ẓ.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan menilai unsur balaghah yang terdapat dalam karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ . Penelitian awal mendapati kajian terhadap sifat bakhil dalam karya al-Jāhiẓ kurang mendapat perhatian dalam kajian sastera. Kebanyakan kajian sastera lebih tertumpu melihat elemen falsafah dan nilai kemasyarakatan yang cuba ditampilkan oleh al-JāhiẒ di dalam karya al-Bukhalā’. Manakala Kebanyakan pengkaji sastera Arab lebih cenderung meninjau unsur retorik yang terdapat dalam al-Quran al-Karim mahupun Hadith Rasulullah S.A.W. Bahkan, sebahagian pengkaji berpandangan bahawa unsur seni balaghah yang terdapat dalam prosa syair adalah lebih indah berbanding dalam bentuk prosa sastera. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat pandangan yang berbeza dalam menilai unsur retorik dalam karya sastera berbentuk prosa. Justeru, kajian ini tampil mengisi kekurangan tersebut dan berhasrat menonjolkan aspek retorik yang terdapat dalam karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ. Namun begitu tidak semua elemen retorik yang dikeluarkan. Pengkaji hanya memilih elemen retorik yang terpapar sifat bakhil sahaja untuk dianalisis dan diberikan huraian. Bagi memenuhi keperluan tersebut, kajian ini telah menggariskan dua objektif utama iaitu; 1) Mengenal pasti elemen Balaghah melalui pemapan sifat bakhil dan menghuraikan jenisnya dalam karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ. 2) Menganalisis penggunaan elemen al-Balaghah dalam pemaparan sifat bakhil dalam karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ. Sebanyak dua puluh cerita yang ditulis oleh al-Jahiz dikumpulkan sebagai data kajian. Data kajian tersebut dikumpul dari kitab al- Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ sendiri. Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk melaksanakan kajian ialah kajian kepustakaan dan analisis kandungan. Manakala, Pendekatan balaghah oleh al-Qazwini dipilih sebagai kerangka asas kajian untuk tujuan menganalisis teks. Dua puluh cerita al-Bukhalā’ dianalisis berdasarkan tiga elemen balaghah yang dikemukakan oleh al-Qazwini iaitu: Ma‘āni (disiplin ilmu yang mengkaji cara penyampaian sesuatu mesej sesuai dengan muqtadha al-Hal (keadaan pendengar), Bayān (disiplin ilmu yang membincangkan bagaimana sesuatu makna dapat disampaikan dalam pelbagai bentuk lafaz di samping memiliki kejelasan makna di dalamnya) dan Badi‘(gaya bahasa yang berperanan untuk mengetahui cara memperindah dan mencantikkan kata-kata). Hasil kajian menunjukkan bahawa karya al-Bukhalā’ oleh al-Jāhiẓ mempunyai elemen retorik yang meningkatkan keindahan sastera itu sendiri. Keindahan nilai sastera di dalam karya al-Bukhalā’ ini dibuktikan dengan penggunaan gaya bahasa retorik yang mudah, ringkas dan jauh daripada unsur al-Takalluf wa al-Tasannu‘. Hasil kajian ini juga membuktikan bahawa unsur-unsur seni balaghah yang terdapat dalam karya al-Bukhalā’ memiliki peranan yang signifikan di dalam memberikan kesan kepada pembaca.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |