UPM Institutional Repository

Ketepatan penggunaan diksi arab dalam puisi melayu


Citation

Zakaria, Mohd Hazri (2017) Ketepatan penggunaan diksi arab dalam puisi melayu. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Puisi Melayu, sebagaimana bahasa Melayu itu sendiri turut terpengaruh dengan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Dalam puisi Melayu, penggunaan diksi Arab dalam sesetengah keadaan dilihat boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak menepati maksud asal penggunaannya dalam bahasa asal. Kajian ini merupakan suatu usaha untuk mengenal pasti dan menganalisis ketepatan penggunaan diksi Arab dalam kumpulan puisi Melayu moden. Kumpulan puisi tersebut adalah kumpulan puisi Sumur Mahmudah karya Ony Latifah Osman (2006). Kajian ini menggunakan gabungan Teori Semantik (Teori Imej Makna) dan Teori Konseptual Kata Kunci. Melalui kajian ini, pemilihan diksi Arab untuk menyampaikan maksud tertentu dalam sesebuah puisi dapat dikenalpasti. Data kajian diperoleh, diklasifikasi dan dianalisis daripada aspek semantik berdasarkan teori yang dinyatakan. Hasil analisis menunjukkan kebanyakan diksi Arab yang digunakan adalah menepati makna asal. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa diksi Arab yang digunakan oleh penyair dalam puisi mereka tidak menepati maksud asalnya dan boleh membawa kepada kekeliruan bagi khalayak pembaca. Justeru penggunaan diksi Arab khususnya dalam puisi perlu dilakukan dengan teliti. Secara tidak langsung, kajian ini membantu meningkatkan lagi kualiti dan nilai estetika sesebuah puisi yang dihasilkan terutamanya puisi yang mengandungi diksi Arab serta menjadi salah satu bahan kesusasteraan yang boleh diperluaskan.


Download File

[img] Text
FBMK 2017 80 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Malay poetry - Research
Subject: Arabic language - Diction
Call Number: FBMK 2017 80
Chairman Supervisor: Muhd Zulkifli Ismail, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 04:00
Last Modified: 06 Jan 2022 07:10
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83348
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item