Citation
Zakaria, Mohd Hazri
(2017)
Ketepatan penggunaan diksi arab dalam puisi melayu.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Puisi Melayu, sebagaimana bahasa Melayu itu sendiri turut terpengaruh dengan
perkataan yang berasal daripada bahasa Arab. Dalam puisi Melayu, penggunaan diksi
Arab dalam sesetengah keadaan dilihat boleh menimbulkan kekeliruan sekiranya tidak
menepati maksud asal penggunaannya dalam bahasa asal. Kajian ini merupakan suatu
usaha untuk mengenal pasti dan menganalisis ketepatan penggunaan diksi Arab dalam
kumpulan puisi Melayu moden. Kumpulan puisi tersebut adalah kumpulan puisi
Sumur Mahmudah karya Ony Latifah Osman (2006). Kajian ini menggunakan
gabungan Teori Semantik (Teori Imej Makna) dan Teori Konseptual Kata Kunci.
Melalui kajian ini, pemilihan diksi Arab untuk menyampaikan maksud tertentu dalam
sesebuah puisi dapat dikenalpasti. Data kajian diperoleh, diklasifikasi dan dianalisis
daripada aspek semantik berdasarkan teori yang dinyatakan. Hasil analisis
menunjukkan kebanyakan diksi Arab yang digunakan adalah menepati makna asal.
Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa diksi Arab yang digunakan oleh penyair
dalam puisi mereka tidak menepati maksud asalnya dan boleh membawa kepada
kekeliruan bagi khalayak pembaca. Justeru penggunaan diksi Arab khususnya dalam
puisi perlu dilakukan dengan teliti. Secara tidak langsung, kajian ini membantu
meningkatkan lagi kualiti dan nilai estetika sesebuah puisi yang dihasilkan
terutamanya puisi yang mengandungi diksi Arab serta menjadi salah satu bahan
kesusasteraan yang boleh diperluaskan.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |