UPM Institutional Repository

Pembentukan kata slanga dalam korpus media sosial


Citation

Abd. Razak, Noor Husna (2019) Pembentukan kata slanga dalam korpus media sosial. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Arus pemodenan membawa banyak perubahan terhadap pembentukan slanga. Slanga mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan hanya difahami oleh golongan yang tertentu. Slanga perlu diberikan pendedahan menyeluruh untuk mengurangkan jurang komunikasi. Kajian ini bertujuan menghuraikan perkataan slanga yang digunakan dalam blog berdasarkan teori proses pembentukan kata O‟Grady dan Guzman (2010), menghasilkan rumus cadangan bagi pembentukan perkataan slanga berdasarkan teori morfologi generatif Aronoff (1976), seterusnya menjelaskan padanan makna bagi perkataan slanga yang dikenal pasti berlandaskan teori semantik leksikal F.R. Palmer (1989). Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Data diperoleh melalui program Textstat terhadap kosa kata slanga dalam 50 blog pada 2011 hingga 2016. Kajian ini mendapati bahawa terdapat enam proses pembentukan kata yang membentuk kosa kata slanga dalam blog, iaitu penyingkatan, penciptaan, peminjaman, percampuran, pengimbuhan, dan penggandaan. Selain itu, berdasarkan teori morfologi generatif, proses pembentukan kata slanga yang digunakan dalam blog melibatkan proses pengafiksan bagi prefiks [mәN-], [bәR-], [tәR-], [di-] dan [pәN-] di samping penggunaan sufiks [-s] dan prefiks [N-] dan proses penggandaan bagi penggandaan penuh. Seterusnya, kajian ini juga mendapati bahawa semantik leksikal dalam slanga melibatkan tiga hubungan makna, iaitu polisemi, homofon, dan homograf. Secara keseluruhannya, kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada masyarakat, khususnya generasi terdahulu supaya dapat memahami kosa kata slanga yang berkemungkinan menjadi penyebab kepada kekeliruan makna sekali gus, membantu melancarkan komunikasi.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 24 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Literacy
Subject: Mass media
Call Number: FBMK 2019 24
Chairman Supervisor: Datin Hasnah Mohamad, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 10 Sep 2020 07:51
Last Modified: 06 Jan 2022 07:25
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83341
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item