UPM Institutional Repository

Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas


Citation

Yahya, Nor Yazidah (2018) Pembinaan dan penilaian modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Mutakhir ini, banyak modul pembelajaran bahasa Arab telah diusahakan untuk memenuhi minat orang awam, terutamanya warga emas. Namun, modul berkenaan kurang memenuhi pendekatan dan prinsip pembelajaran golongan ini serta tidak didahului oleh satu analisis keperluan. Hasilnya, modul ini telah membantut minat serta membataskan penguasaan mereka untuk mempelajari bahasa ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan membina dan menilai modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas berdasarkan analisis keperluan yang telah dijalankan serta prinsip Andragogi. Kajian ini menggunakan kaedah kajian Reka Bentuk dan Pembinaan (Design and Developmental Research Approach) untuk membina modul. Berpandukan kaedah ini, kajian ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama; iaitu Fasa Reka Bentuk dan Pembinaan melibatkan proses reka bentuk dan pembinaan modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas yang terdiri daripada 10 unit. Selanjutnya, fasa kedua kajian ini; iaitu Fasa Pelaksanaan dan Penilaian Kebolehgunaan memfokuskan kebolehgunaan modul, yang kemudiannya dinilai oleh pakar dan juga responden kajian yang terdiri daripada seorang pengajar dan 25 orang pelajar warga emas. Dapatan kajian fasa pertama telah berjaya menghasilkan modul pembelajaran bahasa Arab untuk warga emas yang dikenali sebagai MOBAWE. Modul ini terdiri daripada empat (4) komponen utama, iaitu objektif, kandungan, penyampaian bahan dan penilaian. Komponen kandungan pula merangkumi empat (4) elemen; iaitu tema agama, tema komunikasi, unsur dan kemahiran bahasa yang diterima dengan pembetulan setelah dinilai oleh sekumpulan pakar. Dapatan untuk fasa kedua menunjukkan pelaksanaan MOBAWE adalah berada pada tahap praktis, berkesan, sesuai dan boleh digunakan. Dapatan temu bual dan pemerhatian yang dianalisis secara kualitatif telah membuktikan bahawa pelajar warga emas mampu mempelajari bahasa Arab dengan lebih berkesan menggunakan MOBAWE. Mereka turut mencadangkan agar latihan pengukuhan bersumberkan al- Quran digandakan, serta aktiviti ulang kaji lebih diutamakan berbanding dengan ujian pencapaian akhir kursus. Penjenamaan semula istilah ‘ujian pencapaian akhir kursus’ sebagai ‘ulang kaji’ juga mengurangkan tekanan mereka. Selain itu, kajian ini juga mendapati bahawa penggunaan transliterasi dalam pembelajaran bahasa Arab tidak disenangi oleh pelajar warga emas.


Download File

[img] Text
FBMK 2019 23 ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Arabic language - Study and teaching
Subject: Arabic language
Subject: Older people
Call Number: FBMK 2019 23
Chairman Supervisor: Profesor Madya Che Radiah Mezah, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 10 Sep 2020 07:49
Last Modified: 06 Jan 2022 07:27
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83340
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item