UPM Institutional Repository

Keresahan mempelajari Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia


Citation

Wan Salim, Wan Iman (2018) Keresahan mempelajari Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mendalami keresahan sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi pelajar dalam kelas bahasa Inggeris (BI). Kajian memberikan fokus terhadap penilaian tahap English Language Anxiety (ELA) atau Keresahan Terhadap BI (KBI) selain mengkaji tanda keresahan yang dipamerkan pelajar serta membincangkan strategi yang diambil untuk menangani ELA/KBI. Kajian ini mengukur tahap keresahan pelajar berdasarkan tiga konstruk ELA/KBI seperti yang disarankan oleh Horwitz et al. (1986), iaitu: 1) Keresahan dalam Berkomunikasi (Communication Apprehension, CA); 2) Keresahan Terhadap Ujian (Test Anxiety, TA) dan; 3) Keresahan Terhadap Penilaian Negatif (Fear of Negative Evaluation, FNE). Responden kajian terdiri daripada 160 orang pelajar Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) yang mengambil kursus BI, Fundamental English (WEB10302). Kajian memperoleh data melalui soal selidik, Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS), temu bual dan senarai pilihan strategi. Pemerhatian turut dijalankan ke atas pelajar sewaktu aktiviti pengucapan awam. Data kualitatif dianalisis menggunakan Atlas.ti 8.0. Analisis dapatan kajian ini mendapati bahawa pelajar mengalami keresahan dalam kelas BI dan keresahan yang dialami memberi kesan yang signifikan ke atas penyampaian pelajar terutama dalam aktiviti lisan seperti pengucapan awam. Untuk menangani keresahan yang dialami, pelajar lebih gemar melakukan aktiviti berkumpulan dan memohon bantuan rakan yang lebih mahir. Sementara itu, terdapat pelajar yang mengambil strategi negatif seperti berdiam diri dan memenuhi kerusi di belakang kelas. Dapatan kajian menyarankan agar tenaga pengajar mengakui kewujudan ELA/KBI supaya dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran. Tenaga pengajar perlu mencari jalan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyokong and kurang menekan bagi meningkatkan minat dan keyakinan pelajar dalam mempelajari BI.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 74 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Anxiety - Case studies
Subject: English language - Study and teaching - Private universities and colleges - Malaysia
Call Number: FBMK 2018 74
Chairman Supervisor: Profesor Madya Vijayaletchumy a/p Subramaniam, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 02:50
Last Modified: 06 Jan 2022 07:28
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83339
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item