UPM Institutional Repository

Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad


Citation

Tonya, Nurul Atira (2018) Penerapan kerangka taklif dalam filem “Sepet” dan “Muallaf” arahan Yasmin Ahmad. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini bertitik tolak dari pengamatan terhadap kajian-kajian ilmiah sedia ada yang berkitar dalam dua persoalan. Pertama, kajian-kajian ilmiah sedia ada rata-rata menunjukkan bahawa penerapan konsep Taklif sebagai kerangka analisis berupaya memperlihatkan kedudukan Islam dalam sastera Melayu dan sastera Melayu dalam Islam. Hal ini kerana konsep Taklif merupakan kerangka berteraskan Islam. Akan tetapi, kajian-kajian ini hanya menerapkan konsep Taklif dalam menganalisis cerpen dan novel. Kedua,kajian-kajian ilmiah sedia ada cenderung mengaitkan filem-filem Yasmin Ahmad dengan Pluralisme Agama. Lebih penting lagi apabila kajian-kajian tersebut menyimpulkan bahawa Pluralisme Agama yang dimanifestasikan dalam filem-filem Yasmin Ahmad adalah sejajar dengan ajaran Islam. Penting untuk dijelaskan bahawa kajian-kajian tersebut tidak menerapkan kerangka analisis yang berteraskan Islam. Hakikat ini mewujudkan ruang bagi penerapan konsep Taklif dalam menganalisis filem sebagai medium sastera. Bagi merungkaikan permasalahan di atas, kajian ini menggariskan tiga objektif. Pertama, menyusun Kerangka Taklif sebagai kerangka analisis filem. Kedua, meneliti latar belakang Yasmin Ahmad sebagai pengkarya filem “Sepet” (2004), dan “Muallaf” (2009). Ketiga, mengaplikasi Kerangka Taklif sebagai kerangka analisis bagi mengkaji filem “Sepet” (2004), dan “Muallaf” (2009) arahan Yasmin Ahmad. Menurut Shah Waliyullah Al-Dihlawi RH, Taklif merujuk kepada pembebanan dan kebertanggungjawaban manusia untuk menyembah Allah SWT. Hakikat ini menjadikan setiap aspek kehidupan manusia menjadi satu ‘ibadah’ iaitu penyerahan diri manusia kepada Penciptanya. Dengan pengertian ini, konsep Taklif tidak memungkinkan penderhakaan manusia kepada Penciptanya. Berdasarkan konsep Taklif, hasil analisis mendapati bahawa filem-filem Yasmin Ahmad cenderung untuk memanifestasikan Pluralisme Agama, iaitu fahaman yang beranggapan bahawa semua agama adalah sama dan benar. Hasil analisis turut menjelaskan bahawa manifestasi Pluralisme Agama dalam filem-filem Yasmin Ahmad adalah bertentangan dengan konsep Taklif yang menjadi kerangka analisis dalam kajian ini.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 85 - IR.pdf

Download (990kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Yasmin Ahmad, 1958-2009
Subject: Malay literature
Call Number: FBMK 2018 85
Chairman Supervisor: Zulkifli Bin Mohamad
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 02:43
Last Modified: 11 Sep 2020 02:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83338
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item