UPM Institutional Repository

Kesan skemata bahasa Arab terhadap pencapaian hafazan melalui kefahaman Al-Quran dan amalan pembelajaran regulasi-kendiri


Citation

Hussin, Zahriah (2018) Kesan skemata bahasa Arab terhadap pencapaian hafazan melalui kefahaman Al-Quran dan amalan pembelajaran regulasi-kendiri. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini memfokuskan kesan skemata bahasa Arab terhadap pencapaian hafazan melalui kefahaman al-Quran dan konsep pembelajaran regulasi-kendiri (PRK). Berdasarkan tinjauan literatur, walaupun pendidikan tahfiz berkembang pesat mutakhir ini, pencapaian hafazan al-Quran di institusi tahfiz didapati kurang memberangsangkan. Kelemahan pencapaian hafazan dipercayai berpunca daripada kelemahan dalam aspek kefahaman makna ayat al-Quran, kurangnya keberkesanan strategi hafazan dan kekurangan motivasi dalam kalangan pelajar tahfiz. Walaupun banyak kajian telah dijalankan, namun terdapat kelompangan dalam memahami faktor di sebalik kelemahan tersebut. Sementara itu, beberapa sarjana Islam didapati menekankan pengajaran bahasa Arab dalam sistem pendidikan tahfiz. Justeru, kajian ini meneroka kepentingan skemata bahasa Arab dalam melengkapkan kefahaman tentang faktor yang boleh meramal pencapaian hafazan. Dengan mengambil pendekatan kuantitatif, kajian ini menyelidiki pengaruh skemata bahasa Arab terhadap pencapaian hafazan dalam kalangan pelajar tahfiz yang mempunyai latar belakang pengajian bahasa Arab. Kajian dijalankan terhadap 246 sampel dari empat buah institusi tahfiz di Malaysia yang mensyaratkan pelajar mempunyai skemata bahasa Arab pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Faktor pengantara, iaitu kefahaman al-Quran dan lima konstruk PRK - efikasi kendiri, strategi hafazan, strategi metakognitif, tikrÉr dan strategi pengurusan sumber - turut diteliti. Pengumpulan data dilakukan melalui teknik ujian dan borang soal selidik. Kaedah ujian digunakan bagi mengukur tahap skemata bahasa Arab yang terdiri daripada nahu, saraf dan kosa kata, tahap kefahaman al-Quran dan juga pencapaian hafazan. Soal selidik digunakan untuk mengukur amalan PRK. Analisis deskriptif menunjukkan semua konstruk PRK berada pada tahap tinggi. Skemata saraf, skemata kosa kata dan kefahaman al-Quran berada pada tahap sederhana tinggi, manakala pencapaian hafazan (lisan dan bertulis) dan skemata nahu berada pada tahap sederhana rendah. Hasil analisis menggunakan Partial Least Square – Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dan prosedur Bootstrapping menunjukkan bahawa skemata bahasa Arab mempunyai kesan langsung dan kesan tidak langsung terhadap pencapaian hafazan. Kesan tidak langsung ditemui paling utama melalui laluan kefahaman al-Quran diikuti laluan strategi hafazan, efikasi kendiri dan tikrÉr. Skemata bahasa Arab didapati mempunyai kesan yang signifikan ke atas semua pemboleh ubah yang dikaji sama ada kesan langsung atau kesan tidak langsung kecuali terhadap strategi metakognitif. Analisis kesan keseluruhan mendapati skemata bahasa Arab dan kefahaman al-Quran memberi kesan yang lebih besar terhadap pencapaian hafazan dibandingkan dengan faktor amalan PRK. Analisis Importance-Performance Matrix Analysis (IPMA) menunjukkan komponen bahasa Arab yang paling penting terhadap pencapaian hafazan ialah nahu, diikuti oleh saraf dan kosa kata. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa skemata bahasa Arab dan kefahaman al-Quran menjadi faktor peramal yang relevan terhadap pencapaian hafazan. Penemuan ini selari dengan pandangan ilmuan silam yang menekankan kepentingan bahasa Arab dalam kalangan pelajar tahfiz seperti Ibnu Khaldun dan al- QÉbisi. Oleh yang demikian, pengetahuan bahasa Arab dan kefahaman al-Quran perlu dijadikan fokus kajian seterusnya dalam bidang hafazan al-Quran. Ini bermakna, pengetahuan bahasa Arab perlu diintegrasikan ke dalam sistem hafazan dalam usaha meningkatkan penguasaan hafazan pelajar tahfiz.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 76 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Qurʼan - Language, style
Subject: Qurʼan - Memorizing
Call Number: FBMK 2018 76
Chairman Supervisor: Nik Farhan binti Mustapha, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 02:41
Last Modified: 06 Jan 2022 07:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83334
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item