UPM Institutional Repository

Hubungan kesedaran ibu bapa terhadap kandungan rancangan televisyen dan kesannya kepada pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak


Citation

Zakaria, Nor Hafis (2017) Hubungan kesedaran ibu bapa terhadap kandungan rancangan televisyen dan kesannya kepada pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Televisyen merupakan salah satu media massa yang cukup popular sejak dari awal zaman kemunculannya. Kemajuan era teknologi pada hari ini turut menyumbang kepada industri penyiaran televisyen negara. Kini televisyen bukan sahaja dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan hiburan semata-mata, malahan ia juga membawa mesej sosial yang terkandung dalam rancangan televisyen yang disiarkan. Kemunculan pelbagai bentuk rancangan televisyen telah berjaya menarik minat dan perhatian masyarakat termasuklah kanak-kanak. Kesan daripada sambutan yang cukup menggalakkan ini juga telah membuatkan penggiat industri turut berlumba-lumba menerbitkan pelbagai jenis “genre” rancangan untuk menarik minat penonton tanpa memikirkan kesan baik atau buruk yang bakal diterima oleh ahli masyarakat. Penyelidikan ini mempunyai lima objektif utama yang telah diketengahkan iaitu mengkaji tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap isi kandungan rancangan televisyen yang ditonton oleh kanak-kanak, faktor pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak, kesan pembentukan tingkah laku kegasan kanak-kanak, hubungan tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap kesan tingkah laku keganasan kanak-kanak dan yang terakhir sekali ialah hubungan di antara faktor pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak dan kesan pembentukan keganasan kanak-kanak. Hasil dapatan penyelidikan ini menunjukkan responden memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap isi kandungan rancangan televisyen yang dipertontonkan kepada kanakkanak. Kaedah pengumpulan data bagi penyelidikan ini pula menggunakan kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 300 orang responden. Responden yang terpilih pula adalah melalui persampelan bertujuan yang terdiri daripada ibu bapa dan penjaga di kalangan kakitangan KPWKM, Putrajaya dan JKM Kuala Lumpur. Borang soal selidik yang mengandungi data responden telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22. Prosedur yang terlibat dalam menganalisis data ialah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratus,min dan sisihan piawai. Selain itu juga sela kelas bagi menguji tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga juga turut dikaji. Disamping itu, ujian kolerasi juga turut dibuat bagi menguji perhubungan di antara pembolehubah utama dalam penyelidikan ini. Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif yang sangat lemah antara tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap isi kandungan rancangan dan kesan pembentukkan tingkah laku keganasan kanak-kanak. Bagaimanapun hubungan ini adalah signifikan dan menunjukkan apabila bertambah tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap isi kandungan rancangan televisyen maka kesan pembentukan tingkah laku keganasan akan berlaku.


Download File

[img] Text
FBMK 2017 82 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Attachment behavior in children
Subject: Television programs
Subject: Parent and child
Call Number: FBMK 2017 82
Chairman Supervisor: Mohd Nizam Osman, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 02:36
Last Modified: 06 Jan 2022 07:53
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83330
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item