Citation
Zakaria, Nor Hafis
(2017)
Hubungan kesedaran ibu bapa terhadap kandungan rancangan televisyen dan kesannya kepada pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Televisyen merupakan salah satu media massa yang cukup popular sejak
dari awal zaman kemunculannya. Kemajuan era teknologi pada hari ini
turut menyumbang kepada industri penyiaran televisyen negara. Kini
televisyen bukan sahaja dijadikan sebagai alat untuk mendapatkan hiburan
semata-mata, malahan ia juga membawa mesej sosial yang terkandung
dalam rancangan televisyen yang disiarkan. Kemunculan pelbagai bentuk
rancangan televisyen telah berjaya menarik minat dan perhatian
masyarakat termasuklah kanak-kanak. Kesan daripada sambutan yang
cukup menggalakkan ini juga telah membuatkan penggiat industri turut
berlumba-lumba menerbitkan pelbagai jenis “genre” rancangan untuk
menarik minat penonton tanpa memikirkan kesan baik atau buruk yang
bakal diterima oleh ahli masyarakat. Penyelidikan ini mempunyai lima
objektif utama yang telah diketengahkan iaitu mengkaji tahap kesedaran
ibu bapa dan penjaga terhadap isi kandungan rancangan televisyen yang
ditonton oleh kanak-kanak, faktor pembentukan tingkah laku keganasan
kanak-kanak, kesan pembentukan tingkah laku kegasan kanak-kanak,
hubungan tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap kesan tingkah
laku keganasan kanak-kanak dan yang terakhir sekali ialah hubungan di
antara faktor pembentukan tingkah laku keganasan kanak-kanak dan
kesan pembentukan keganasan kanak-kanak. Hasil dapatan penyelidikan
ini menunjukkan responden memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap
isi kandungan rancangan televisyen yang dipertontonkan kepada kanakkanak.
Kaedah pengumpulan data bagi penyelidikan ini pula menggunakan
kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik yang
telah diedarkan kepada 300 orang responden. Responden yang terpilih
pula adalah melalui persampelan bertujuan yang terdiri daripada ibu bapa
dan penjaga di kalangan kakitangan KPWKM, Putrajaya dan JKM Kuala Lumpur. Borang soal selidik yang mengandungi data responden telah
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS) versi 22. Prosedur yang terlibat dalam menganalisis data
ialah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratus,min dan
sisihan piawai. Selain itu juga sela kelas bagi menguji tahap kesedaran ibu
bapa dan penjaga juga turut dikaji. Disamping itu, ujian kolerasi juga turut
dibuat bagi menguji perhubungan di antara pembolehubah utama dalam
penyelidikan ini. Hasil dapatan menunjukkan terdapat hubungan positif
yang sangat lemah antara tahap kesedaran ibu bapa dan penjaga terhadap
isi kandungan rancangan dan kesan pembentukkan tingkah laku
keganasan kanak-kanak. Bagaimanapun hubungan ini adalah signifikan
dan menunjukkan apabila bertambah tahap kesedaran ibu bapa dan
penjaga terhadap isi kandungan rancangan televisyen maka kesan
pembentukan tingkah laku keganasan akan berlaku.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |