UPM Institutional Repository

Jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka


Citation

Kamarudin, Syaidul Azam (2018) Jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji, menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan DBP dan seterusnya merumuskan pelestarian jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji. Kajian ini mengaplikasikan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 sebagai kerangka konseptual dengan menggunakan kaedah kajian iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis kandungan yang terdiri daripada sajak-sajak terbitan DBP dari tahun 2010 sehingga tahun 2015, merangkumi kumpulan sajak perseorangan dan antologi sajak bersama. Dapatan kajian mendapati sajak-sajak yang dikaji memperakukan bahawa bahasa Melayu, kebudayaan Melayu, dan agama Islam sebagai jati diri kebangsaan manakala, unsur kebudayaan kaum lain diterima selagi ia tidak bercanggah dengan agama Islam. Hal ini sekali gus memperakukan tiga prinsip DKK iaitu kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat rantau ini, unsur kebudayaan kaum lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Di samping itu, DBP didapati melaksanakan peranannya sebagai satu badan autoriti dalam melestarikan jati diri kebangsaan dalam konteks penerbitan sajak-sajak di Malaysia.


Download File

[img] Text
FBMK 2018 73 - ir.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Nationalism - Malaysia
Subject: Identity (Psychology) - Social aspects
Subject: National characteristics - Case studies
Call Number: FBMK 2018 73
Chairman Supervisor: Profesor Madya Arba’ie Sujud, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Ms. Nur Faseha Mohd Kadim
Date Deposited: 11 Sep 2020 02:33
Last Modified: 06 Jan 2022 08:01
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/83326
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item