Citation
Kamarudin, Syaidul Azam
(2018)
Jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji,
menganalisis jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak terbitan DBP dan seterusnya
merumuskan pelestarian jati diri kebangsaan dalam sajak-sajak yang dikaji. Kajian ini
mengaplikasikan prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) 1971 sebagai
kerangka konseptual dengan menggunakan kaedah kajian iaitu kaedah kepustakaan dan
kaedah analisis kandungan yang terdiri daripada sajak-sajak terbitan DBP dari tahun 2010
sehingga tahun 2015, merangkumi kumpulan sajak perseorangan dan antologi sajak
bersama. Dapatan kajian mendapati sajak-sajak yang dikaji memperakukan bahawa bahasa
Melayu, kebudayaan Melayu, dan agama Islam sebagai jati diri kebangsaan manakala,
unsur kebudayaan kaum lain diterima selagi ia tidak bercanggah dengan agama Islam. Hal
ini sekali gus memperakukan tiga prinsip DKK iaitu kebudayaan Kebangsaan Malaysia
hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat rantau ini, unsur kebudayaan kaum lain yang
sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur kebudayaan kebangsaan dan Islam menjadi
unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Di samping itu, DBP didapati
melaksanakan peranannya sebagai satu badan autoriti dalam melestarikan jati diri
kebangsaan dalam konteks penerbitan sajak-sajak di Malaysia.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |