Citation
Wan Mohd Amin, Wan Abd Aziz
(2002)
Analisis Model Keberkesanan Komunikasi Interpersonal Antara Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Terkawal di Pantai Timur Malaysia.
Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka hubungan antara komunikasi
kepimpinan pengetua dan esteem kendiri guru dengan keberkesanan
komunikasi interpersonal guru. Permasalahan kajian ini difokuskan kepada
tiga persoalan utama iaitu: (1) Adakah komunikasi kepimpinan pengetua
mempunyai hubungan positif terhadap esteem kendiri guru? (2) Adakah
esteem kendiri guru mempunyai hubungan positif terhadap keberkesanan
komunikasi interpersonal guru? (3) Adakah komunikasi kepimpinan, esteem
kendiri dan faktor peramal menunjukkan pengaruh terhadap keberkesanan
komunikasi interpersonal guru?
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dengan
melibatkan pengujian lapan hipotesis utama. Data-data di perolehi melalui
kajian soalselidik yang dilakukan terhadap 121 responden iaitu terdiri
daripada guru-guru yang bertugas di sekolah menengah terkawal kawasan
bandar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Responden tersebut dipilih
daripada enam buah sekolah berdasarkan persampelan purposive yang dibuat ke atas 16 buah sekolah menengah terkawal kawasan bandar di
Pantai Timur. Pemilihan 121 responden dibuat dengan menggu nakan
persampelan rawak kluster mengikut jantina yang mewakili 30% daripada
jumlah populasi. Responden diminta memberi persepsi terhadap komunikasi
kepimpinan di seko/ah dengan menjawab seju m/ah 87 item soalan yang
berasaskan kepada lima variabel utama kajian iaitu kepimpinan merintis
struktur, kepimpinan pertimbangan, orientasi komunikasi, esteem kendiri dan
keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Semua data yang diperolehi
dianalisiskan menggunakan program SPSS versi 9.0 dengan menggunakan
analisis statistik deskriptif, korelasi Pearson, korelasi partial, regresi berganda
dan path analysis.
Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif di
antara komunikasi kepimpinan pengetua dengan peningkatan esteem kendiri
guru dan seterusnya wujud pula hubungan yang positif dengan keberkesanan
komunikasi interpersonal guru. Dapatan juga menunjukkan komunikasi
kepimpinan, esteem kendiri dan faktor peramal mempengaruhi keberkesanan
komunikasi interpersonal guru. Hasil dapatan ini memberi gambaran bahawa
amalan komunikasi kepimpinan yang berasaskan kepada kepimpinan merintis
struktur, kepimpinan pertimbangan, orientasi komunikasi terbuka terbukti
dapat meningkatkan keberkesanan komunikasi interpersonal guru. Oleh itu
stail komunikasi kepimpinan yang dapat menjanakan kesejahteraan diri di
tempat kerja ini perlu disebarkan dan diterapkan dalam diri pemimpin dengan
harapan supaya kualiti sesebuah organisasi itu dapat dipertingkatkan
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |