UPM Institutional Repository

Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik


Citation

Shamsudin, Faiziah (2014) Bongai sebagai manifestasi bahasa dan budaya berdasarkan pendekatan semiotik. Doctoral thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tesis ini membincangkan satu daripada bentuk kesenian masyarakat Melayu Negeri Sembilan iaitu Bongai. Aspek yang diteliti adalah dari segi makna tersirat dan gambaran isi serta falsafah pemikiran orang Melayu yang terkandung dalam pantun Bongai. Teori pendekatan semiotik yang melihat kepada penggunaan lambang-lambang tertentu dalam sesebuah karya atau hasil tulisan digunakan untuk menganalisis pantun-pantun Bongai. Lambanglambang tersebut membawa maksud tertentu dan bukan seperti maksud yang tersurat. Pantun yang telah dikutip daripada pelbagai sumber telah dianalisis dan dibahagikan kepada beberapa jenis atau kategori temanya iaitu berkisar pada percintaan dan kasih sayang, hormat-menghormati, usik-mengusik, agama Islam dan juga sindiran. Maksud atau makna pada lambang-lambang berkenaan sama ada diketahui atau mungkin asing bagi pembaca dianalisis bagi menghuraikan makna yang tersirat disebaliknya. Semiotik yang mengkaji sistem tanda dalam bahasa juga berupaya mengkaji wacana yang mencerminkan budaya dan pemikiran masyarakat yang mendukungnya. Kajian ini melibatkan kaedah kepustakaan, temubual dengan informan dan pemerhatian di lapangan. Sebanyak 100 rangkap pantun Bongai dikumpul dan dianalis bagi memperoleh makna tersirat. Temubual bersama-sama informan juga dijalankan di Kampong Lonek, Batu Kikir Jempol, N. Sembilan. Dalam masa yang sama pemerhatian dijalankan semasa menyaksikan persembahan Bongai di Kampong Lonek. Maklumat yang diperoleh direkod menggunakan perakam audio dan video untuk dianalisis sebagai bahan kajian. Tesis ini disempurnakan dengan menggunakan teori pendekatan semiotik. Teori semiotik merupakan pendekatan yang melihat kepada penggunaan lambang-lambang tertentu dalam sesebuah karya atau hasil tulisan. Lambanglambang tersebut membawa maksud tertentu dan bukan seperti yang tersurat. Maksud atau makna pada lambang-lambang berkenaan sama ada diketahui atau mungkin asing bagi pembaca, dan di sinilah peranan pengkaji atau penganalisis karya menjadi penting. Model pendekatan ini diasaskan oleh de Saussure (1959). Menurut de Sausser, lambang linguistik terdiri daripada dua bahagian, iaitu penanda ((significant) dan petanda (signifie). Data-data yang diperoleh dalam kajian ini diklasifikasikan mengikut tema yang tertentu. Bagi tujuan pendokumentasian, data-data ditulis semula mengikut penggunaan bahasa Melayu standard dan seterusnya diberikan tafsiran makna. Data-data kajian dianalisis berpandukan pendekatan semiotik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Bongai merupakan lagu rakyat bagi masyarakat Melayu di Negeri Sembilan. Bongai sangat popular satu ketika dahulu. Rata-ratanya lirik lagu Bongai yang dilagukan bukan sekadar sebagai untuk menghibur, tetapi lebih daripada itu adalah untuk mendidik dan memberi nasihat kepada masyarakat. Selain itu menurut Aripin Said (2006:101) lagu rakyat mempunyai saham yang cukup tinggi dalam memberikan sumbangannya terhadap pembangunan pemikiran bangsa di samping memberikan kelembutan jiwa kepada masyarakat. Terdapat lambang-lambang bahasa seperti simbol, ikon dan indeks yang digunakan dalam pantun Bongai yang memberi maksud yang tersirat daripada kata yang tersurat. Kesimpulannya pantun yang dilagukan dalam Bongai menjadi penyampai idea dan pemikiran masyarakat Melayu untuk menyatakan perasaan disamping menjadi cerminan kepada falsafah dalam kehidupan masyarakat yang mengamalkannya.


Download File

[img] Text
FBMK 2015 90 ir.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Doctoral)
Subject: Semiotics and folk literature
Subject: Language and culture
Call Number: FBMK 2015 90
Chairman Supervisor: Abdul Rashid bin Daing Melebek, PhD
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 23 Jul 2020 03:27
Last Modified: 11 Jan 2022 04:41
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82943
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item