UPM Institutional Repository

Tabung Penyelidikan Bahasa Tamil UPM Dilancarkan


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Tabung Penyelidikan Bahasa Tamil UPM Dilancarkan. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 18 Oktober - Tabung Penyelidikan Bahasa Tamil Universiti Putra Malaysia (UPM) dilancarkan untuk meningkatkan usaha-usaha penyelidikan Bahasa Tamil. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata pelancaran tabung itu menggalakkan pelajar untuk melanjutkan penyelidikan dalam pendidikan bahasa Tamil. “Diharapkan tabung ini dapat meningkatkan penulisan dan karya Tamil khususnya yang dicipta oleh penulis tempatan,” katanya pada Majlis Pelancaran Tabung Penyelidikan Bahasa Tamil baru-baru ini. Beliau menyeru agar penubuhan tabung itu mendapat sokongan serta kerjasama daripada badan bukan kerajaan dan penulis yang terlibat dalam penulisan dan kesusasteraan Tamil di negara ini. “Bahasa Tamil mampu menjadi satu bahasa perniagaan dan kerajaan kini akan memperkenalkan Program Latihan 1Malaysia mulai 2011. Antara kursus ditawarkan termasuk bahasa Tamil,” katanya. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Salleh berkata dengan wujudnya tabung penyelidikan hasil usaha Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) itu, ia diharap menjadi pemangkin kepada penghasilan penyelidikan yang memberi impak tinggi kepada masyarakat. “Bantuan kewangan tabung ini membolehkan pelajar yang ingin melanjutkan penyelidikan dalam bidang pendidikan Tamil meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi,” katanya pada majlis yang berjaya mengumpulkan tabung sebanyak RM35 ribu.


Download File

[img]
Preview
PDF
Tabung_Penyelidikan_Bahasa_Tamil_UPM_Dilancarkan.pdf

Download (68kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 08 Nov 2010 09:49
Last Modified: 27 May 2013 07:38
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8280
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item