UPM Institutional Repository

Unsur sains dan sastera dalam novel remaja terpilih


Citation

Md Zain, Rosnani and Nik Muhamad Affendi, Nik Rafidah (2019) Unsur sains dan sastera dalam novel remaja terpilih. Journal of Malay Language, Education and Literature, 10. pp. 166-182. ISSN 1823 - 6812

Abstract

Kertas kerja ini membicarakan unsur sains dan sastera yang terdapat dalam novel remaja terpilih. Kajian yang dilakukan ini bertitik tolak daripada pengamatan pengkaji berdasarkan pandangan sarjana sastera yang mengatakan novel-novel remaja berunsur sains sering dianggap tidak mengetengahkan fakta sains dan mengabaikan nilai sastera seperti yang digambarkan melalui dialog, watak-watak dan peristiwa dalam novel tersebut. Kajian ini akan mengklasifikasi, menganalisis dan merumus unsur sains dan sastera yang diungkapkan oleh pengarang dalam setiap karya yang dihasilkan.Dalam kajian ini, kaedah yang digunakan ialah kualitatif iaitu, kepustakaan, analisis teks dan penerapan teori Sistem Pemikiran Bersepadu (SPB4K). Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengkaji mendapati bahawa unsur sains antaranya sains gunaan dan sains zoologi manakala unsur sastera seperti nilai -nilai murni, pemikiran, emosi dan gaya bahasa amat relevan dengan empat prinsip yang terdapat dalam teori Sistem Pemikiran Bersepadu (SPB4K) iaitu Pemikiran Kerohanian, Pemikiran Kebitaraan, Pemikiran esaintifikan dan Pemikiran Kekreatifan.


Download File

[img] Text
Unsur sains dan sastera dalam novel remaja terpilih .pdf

Download (10kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.37134/pendeta.vol10.12.2019
Publisher: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Science; Literature; SPB4K; Novel; Adolescent
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 07 Aug 2021 07:58
Last Modified: 07 Aug 2021 07:58
Altmetrics: http://www.altmetrics.com/details.php?domain=pasir.upm.edu.my&doi=10.37134/pendeta.vol10.12.2019
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82676
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item