UPM Institutional Repository

Analisis Kos-Faedah Projek Kelapa Sawit Nes-V Transmigrasi: Kajian Kes di Riau, Indonesia


Citation

Mohd Amin, Azharuddin (1999) Analisis Kos-Faedah Projek Kelapa Sawit Nes-V Transmigrasi: Kajian Kes di Riau, Indonesia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Penanaman kelapa sawit yang dijalankan oleh projek NES-V transmigrasi memerlukan modal pelaburan yang besar dan juga melibatkan kos pemeliharaan yang lebih tinggi berbanding dengan komoditi tanaman saka yang lain. Oteh itu, adalah perlu dilakukan penilaian sarna ada projek tersebut tetah mencapai matlamat untuk terus berdaya maju. Tambahan pula, keberdayamajuan projek sangat mustahak untuk menentukan sama ada atau tidak projek tersebut telah dapat menyumbang ke arah pencapaian sasaran tahap pendapatan sebanyak USD 1,500 setahun untuk peserta projek. Memandangkan kenyataan di atas, objektif kajian ini adalah untuk menilai keberdayamajuan projek berdasarkan analisis kewangan; menilai tahap pendapatan petani NES transmigrasi; dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pendapatan petani kelapa sawit estet nukleus transmigrasi serta memberi cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak agensi berkaitan. Kajian ini tetah drjalankan di projek NES Transmigrasi PT. Pertadangan Nusantara V Sungai Pagar, Kabupaten Kampar, Riau, Indonesia. Untuk kajian ini, seramai 100 responden telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel kajian bagi mewakili populasi peserta projek NES tahun penanaman 1985/1986. Analisis kos-faedah mengikut analisis kewangan telah digunakan untuk menentukan kebolehlaksanaan projek. Hasil kajian menunjukkan bahawa projek NES Transmigrasi Sungai Pagar adalah menguntungkan dan berdaya maju. Kebolehlaksanaan projek adalah peka terhadap perubahan peratusan pembolehubah kos operasi, jumlah pengeluaran dan harga kelapa sawit. Oleh itu, projek ini wajar untuk terus dijalankan. Walau bagaimanapun terdapat kelemahan pengurusan yang perlu diberi perhatian. Analisis model logit menunjukkan kebarangkalian petani berjaya mencapai pendapatan bersih USD 1,500 setahun, adalah berhubungan secara positif dengan pengalaman petani, taraf pendidikan, tahap kepuasan, sikap petani terhadap penerapan teknologi tanaman kelapa sawit dan pengetahuan petani terhadap pengurusan, tetapi berhubungan secara negatif dengan umur petani dan saiz keluarga. Pekali pengalaman petani, pengetahuan petani terhadap kepengurusan dan sikap petani terhadap penerapan teknologi tanaman kelapa sawit dan saiz keluarga adalah didapati bererti pada aras 5 peratus.


Download File

[img] PDF
FEP_1999_2_A.pdf

Download (2MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Oil palm - Riau - Indonesia - Case study
Call Number: FEP 1999 2
Chairman Supervisor: Abu Hassan Md. Isa, PhD
Divisions: Faculty of Economics and Management
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 08 Nov 2010 08:02
Last Modified: 08 Nov 2010 08:05
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8240
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item