UPM Institutional Repository

Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyikata dalam Kebolehan Awal Bacaan dikalangan Kanak-Kanak Prasekolah


Citation

Menon, Nani (2000) Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyikata dalam Kebolehan Awal Bacaan dikalangan Kanak-Kanak Prasekolah. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan awal bacaan Kaedah Gabungan Bunyi Kata iaitu satu model pendekatan bawah ke atas. Kajian telah dijalankan ke atas 32 kanak-kanak prasekolah berumur lima tahun yang terdiri 19 kanak-kanak dari kumpulan eksperimen iaitu kumpulan yang di berikan rangsangan awal bacaan dan 13 kanak-kanak sebagai sampel kumpulan kawalan yang tidak diberi rangsangan awal bacaan. Kaedah ini mengandungi beberapa ujian termasuklah ujian kenaI huruf, membaca suku kata, membaca perkataan dan ayat mudah serta ujian membaca rangkai kata. Keputusan awal bacaan kanak-kanak adalah di peringkat suku kata. Hasil keputusan pos ujian ke atas kumpulan kawalan hanya ujian suku kata telah menunjukkan perbezaan yang signifikan. Ini menunjukkan tiada peningkatan kebolehan bacaan bagi kumpulan tersebut. Manakala keputusan pos ujian kumpulan eksperimen telah menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam ujian membaca suku kata, perkataan dan ayat. Hanya ujian memadan huruf tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Ini membuktikan rangsangan awal bacaan telah dapat meningkatkan kebolehan kanak-kanak kumpulan eksperimen dalam awal bacaan sehingga ke peringkat membaca ayat. Hasil keputusan kajian keberkesanan awal bacaan di antara pra ujian dan pos ujian kedua-dua kumpulan kawalan dan eksperimen telah menunjukkan perbezaan yang signifikan ke atas ujian suku kata dengan keputusan memadan suku kata (F2,28=7.06, p<O .05), membunyikan suku kata (F2,28= 20.88, p<0.05). Ujian membaca perkataan menunjukkan keputusan ujian baca cantumkan suka kata jadi perkataan menunjukkan nilai (F2,28=9.9, p<0.05), ujian baca dan padankan perkataan dengan gambar (F2,28= 1 9.09, p<0.05), baca dan padan perkataan yang sama (F2,28=21 .52, p<0.05) dan uj ian cari perkataan yang sama juga menunjukkan nilai (F2,28= 13.71, p<0.05). Keputusan ujian membaca ayat iaitu membaca ayat mudah menunjukkan nilai (F2,28=14.15, p<0.05), dan ujian baca rangkap ayat menunjukkan nilai (F2,28=10.65, p<0.05). Keputusan ujian tersebut menunjukkan peningkatan yang signifika n di peringkat pos ujian ke atas kebolehan awal bacaan kanak-kanak. Keputusan kajian juga menujukan tiada perbezaan yang signifikan di antara kebolehan awal bacaan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Ini menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan mempu nyai potensi kebolehan membaca yang sama. Dapatan juga menunjukkan tiada perkaitan yang signifikan di antara kebolehan awal bacaan kanak-kanak dengan latar belakang kanak-kanak dan keluarga mereka. Keputusan juga telah menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara umur dengan kebolehan awal bacaan. Didapati kanak-kanak yang lebih tinggi umurnya (perbezaan umur dari segi bulan) telah menunjukkan kebolehan awal bacaanya lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang lebih rendah umurnya. Hasil kajian menunjukkan program awal bacaan kaedah gabungan bunyi kata mempu nyai kesan langsung terhadap kemahiran membaca suku kata, perkataan dan ayat. Kanak-kanak yang diberi rangsangan bacaan telah meningkatan tahap kebolehan bacaan Chall dari tahap 0 (pra-bacaan) ke tahap 1 (awal bacaan). Kaedah ini juga dapat meningkat kebolehan membaca ayat ke tahap optimal.


Download File

[img] PDF
FEM_2000_10_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Reading (Preschool)
Subject: Reading - Research
Subject: Reading - Ability testing
Call Number: FEM 2000 10
Chairman Supervisor: Rohani Abdullah, Ed.D
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 08 Nov 2010 08:26
Last Modified: 20 Dec 2023 02:30
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8232
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item