UPM Institutional Repository

Bahasa Melayu strategi kesantunan bertutur remaja program dwisijil di Maktab Rendah Sains Mara


Citation

Zaini, Ahmad Afindiy and Hamzah, Zaitul Azma Zainon (2019) Bahasa Melayu strategi kesantunan bertutur remaja program dwisijil di Maktab Rendah Sains Mara. Jurnal Bahasa, 19 (1). pp. 117-138. ISSN 1511-9084; ESSN: 2462-1889

Abstract

Pelbagai dasar digubal dalam sektor pendidikan untuk memastikan remaja pada masa akan datang mempunyai kemahiran bertutur yang baik. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti strategi kesantunan dan merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi. Kajian ini disertai oleh remaja yang berusia 16 dan 17 tahun yang tinggal dan belajar di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Baling Kedah. Remaja yang terlibat merupakan pelajar yang mengikuti program dwisijil di MRSM Baling, Kedah. Kajian ini melibatkan dua jenis interaksi, iaitu, interaksi spontan dan interaksi terancang. Sesi interaksi dirakamkan menggunakan alat perakam audio dan kemudiannya ditranskripsikan untuk dianalisis menggunakan teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987). Hasil analisis digunakan untuk merumuskan aspek yang menyerlahkan keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi secara spontan dan terancang. Dapatan kajian mendapati bahawa keterampilan bertutur remaja ketika berinteraksi dikenal pasti melalui beberapa aspek penggunaan bahasa. Dalam hal ini, aspek linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa amat menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Oleh hal yang demikian, remaja perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan melalui pembacaan untuk agar dapat menyerlahkan lagi keterampilan bertutur remaja untuk berinteraksi dengan lebih baik.


Download File

[img] Text
Bahasa Melayu strategi kesantunan bertutur remaja program dwisijil di Maktab Rendah Sains Mara.pdf

Download (54kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Keywords: Speech skill; Politeness strategy; Teenagers; Spontaneous interactions; Planned interactions
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 05 Aug 2021 01:35
Last Modified: 05 Aug 2021 01:35
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82257
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item