UPM Institutional Repository

Strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor


Citation

Nagasundram, Usha and Subramaniam, Vijayaletchumy (2019) Strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor. Jurnal Penyelidikan Pendidikan, 7 (2). pp. 130-151. ISSN 2289-4144; ESSN: 2550-1410

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji strategi kemahiran membaca bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisi strategi kemahiran membaca bahasa Melayu dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah SJK(T) Batu Caves yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dan menghuraikan faktor yang mempengaruhi strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid. Pengkaji menggunakan Model Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Zamri Mahamod (2004) dan borang soal selidik yang diadaptasi daripada Inventori Cara Belajar Bahasa Melayu dan telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian. Sampel kajian terdiri daripada 80 orang murid tahun 5 SJK(T) Batu Caves. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan tinjauan lapangan untuk mengumpul data kajian. Hasil dapatan kajian dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid cemerlang lebih kerap mengamalkan strategi kemahiran membaca berbanding murid lemah. Faktor utama yang mempengaruhi murid lemah dalam kemahiran membaca ialah sikap dan minat murid itu terhadap penguasaan bahasa Melayu dan juga peranan guru dalam mempelbagai cara pengajaran dan pembelajaran di dalamkelas. Melalui penyelidikan ini, murid-murid yang lemah dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua boleh mengaplikasi strategi kemahiran membaca dalam menguasai bahasa Melayu. Selain itu, para guru bahasa Melayu dapat merangka aktiviti dan PdPcyang menarik dalam membantu murid-murid lemah menguasai kemahiran membaca. Ibu bapa juga tidak kurang pentingnya dalam kajian ini. Ibu bapa boleh mengetahui atau memahami masalah yang dihadapi oleh anak masing-masing dan mengatasi masalah tersebut dengan membelikan buku-buku yang bersesuaian mengikut tahap anak-anak.


Download File

[img] Text
Strategi kemahiran membaca dalam kalangan murid cemerlang dan murid lemah di SJK(T) Batu Caves, Selangor.pdf

Download (56kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Infrastructure University Kuala Lumpur
Keywords: Language learning strategies; Malay as a second language; Reading skills; Excellent students; Weak student
Depositing User: Mr. Sazali Mohamad
Date Deposited: 05 Aug 2021 01:26
Last Modified: 05 Aug 2021 01:26
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/82256
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item