Citation
Mohd Ramly, Norulaini and Shaari, Nazlina
(2019)
Senario penghasilan pola pakaian di Malaysia bagi program fesyen TVET.
Kupas Seni: Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 7.
pp. 31-40.
ISSN 2289 - 4640; ESSN 0127 - 9688
Abstract
Dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) khususnya bagi program fesyen isu utama adalah dalam fasa penghasilan pola pakaian. Kejayaan hasil rekaan pakaian bergantung kepada bagaimana pola yang ihasilkan. Di Malaysia isu ukuran tubuh badan menjadi isu utama disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan bentuk badan yang berbeza-beza Ukuran bentuk badan yang standard untuk Malaysia agak suka ditetapkan untuk digunapakai oleh semua institusi kemahiran sebagai garis panduan seperti di luar negara yang mempunyai ukuran badan yang standard. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui senario yang berlaku dalam penghasilan pola pakaian di Malaysia bag progam fesyen TVET. Fokus penyelidikan ini adalah untuk mengenalpati senario yang berlaku di dalam pendidikan kemahiran latihan dan teknikal vokasional di Malaysia bagi program fesyen TVET dalam penggunaan pengendalian peralatan pendrafan pola pakaian.Kaedah yang digunakan adalalah content analysis iaitu melalui sesi temubual bersama tenaga pengajar program fesyen TVET, pemerhatian dan empirical research . Daripada kajian yang di jalankan, di dapati penghasilan pola pakaian memerlukan pemahaman dan penguasaan dalam penggunaan pengendalian peralatan yang betul dan juga asas di dalam pendrafan pola pakaian.Hasil kajian ini mendapati bahawa elemen psikomotor merupakan elemen utama dalam proses pengambilan ukuran badan dan juga penghasilan pola pakaian.
Download File
|
Text
Senario penghasilan pola pakaian di Malaysia bagi program fesyen TVET.pdf
Download (67kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |