Citation
Heah, Swee Ching
(1997)
Keberkesanan Kaedah Pengiraan Menggunakan Teori Jari dalam Membantu Pencapaian Aritmatik Kanak-kanak berumur antara 6 - 12 Tahun.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Di Malaysia, kaedah pengiraan secara Teori Jari berasaskan konsep
pengiraan sempoa masih merupakan satu pendekatan bam dalam pengajaran
aritmatik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan pencapaian aritmatik
antara dua kumpulan rawatan dan kawalan bagi kanak-kanak berumur antara 6
hingga 12 tahun.
Kajian ini merupakan satu kajian eksperimen "Quasi". Bilangan
responden bagi kumpulan rawatan dan kawalan adalah masing-masing 20 orang.
Kesemua pasangan responden daripada dua kumpulan rawatan dan kawalan ini sarna
dari segi umur, tahap dan pencapaian mata pelajaran matematik terkini.
Tiga perkara diuji dalam kajian ini, iaitu ketepatan pengiraan,
kepantasan pengiraan dan kecekapan pendengaran serta tangkapan terbadap angka
Semua data telah dianalisis dengan Ujian-t dan khi-kuasa dua X2- Hasil kajian
menunjukkan terdapat perbezaan signifikan dalam skor ujian ketepatan pengiraan,
kepantasan pengiraan dan kecekapan pendengaran serta tangkapan terhadap angka
bagi murid-murid antara kumpulan kaedah pengiraan secara Teori Jari (kumpulan
rawatan) dan kumpulan kaedah pengiraan secara biasa iaitu pense} dan kertas
(kumpulan kawalan). Selepas kumpulan rawatan mengikuti kursus pengiraan secara
Teori Jari selama tiga bulan, purata skor yang diperolehi bagi ketiga-tiga ujian iaitu ketepatan pengiraa.n, kepantasan pengiraan, dan kecekapan pendengaran serta
tangkapan adalah lebih tinggi berbanding dengan sampel kurnpulan kawalan.
Cadangan kajian pada masa depan ialah mengenalpasti keberkesanan
pendekatan kesinambungan dati Teori Jari ke pengiraan mental dalam meningkatkan
taraf pencapaian aritmatik murid-murid sekolah rendah.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |