UPM Institutional Repository

Kerjasama Masyarakat Dalam Projek Pembangunan Komuniti di Mukim Chenderiang, Tapah, Perak


Citation

Nasution, Saipul Anwar (1997) Kerjasama Masyarakat Dalam Projek Pembangunan Komuniti di Mukim Chenderiang, Tapah, Perak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract

Tujuan utama penyelidikan ini ialah untuk mengkaji profail beberapa pembolehubah bebas dan bersandar serta keterkaitan di antara kedua pembolehubah. Pembolehubah bebas iaitu ciri-ciri sosioekonomi dan demografi, sikap terhadap penerimaan program PPRT, pengetahuan responden mengenai PPRT, keperluan responden. pengaruh keluarga atau kawan-kawan dan peranan agensi pelaksana. Pembolehubah bersandar adalah kerjasama masyarakat yang terdiri daripada penerimaan dan penggunaan bantuan kerajaan dengan efisien, mengikuti kursus-kursus. menghadiri mesyuarat dan bantuan dalam menjayakan PPRT. Penyelidik menggunakan soalselidik untuk mengetahui latar belakang responden PPRT dan tingkat kerjasama responden bagi mengumpulkan data penyelidikan. Responden kajian diambil daripada 57 orang ketua isi rumah (KIR) masyarakat termiskin yang menjadi peserta PPRT di Mukim Chenderiang, Perak. Penyelidikan ini mendapati pendapatan responden secara purata masih di bawah garis kemiskinan iaitu RM153.50 untuk 4 orang isi rumah. Sikap responden terhadap program PPRT cukup positif. Mereka bekerjasama dalam menghadiri mesyuarat dan menyertai kursus. Persepsi dan pengetahuan responden tentang PPRT sangat baik. Kerjasama responden dalam menjayakan PPRT dan mengusahakan bantuan agak lemah, ini disebabkan kuantiti bantuan yang diberi kurang memuaskan dan tidak sesuai dengan keperluan-keperluan responden. Responden mengakui bahawa penyertaan mereka dalam PPRT bukan seluruhnya didorong keluarga dan kawan. Pihak kerajaan perlu meneliti dahulu secara mendalam terhadap keperluan-keperluan dan masalah pembangunan di Mukim Chenderiang. Hal ini dilakukan supaya pelaksanaan pembangunan berhubungkait dengan masalah yang berlaku sehingga kesan pembangunan memberi manfaat terhadap responden. Sesuatu pembangunan yang dijalankan tanpa memperdulikan keperluan anggota komuniti tempatan menyebabkan sikap prasangka komuniti terhadap kerajaan. Agen pembangunan yang ditugaskan kurang memberikan sepenuh masa dalam melaksanakan program PPRT. Agen tidak berusaha mengajak responden agar sama-sama menjalankan aktiviti PPRT. Agensi hanya melaksanakan sendiri program PPRT tanpa mengajak responden sehingga hubungan kerjasama kurang terjalin.


Download File

[img] PDF
FEM_1997_4_A.pdf

Download (1MB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: Community development - Perak - Chenderiang
Subject: Community development - Perak - Tapah
Call Number: FEM 1997 4
Chairman Supervisor: Associate Professor Dr. Ghazali Basri
Divisions: Faculty of Human Ecology
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 22 Oct 2010 07:09
Last Modified: 22 Oct 2010 07:11
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8206
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item