UPM Institutional Repository

Prinsip kesopanan dalam kesantunan bahasa drama Zahira


Citation

Mohamad Bakari, Ayuni and Kamaruddin, Rohaidah (2019) Prinsip kesopanan dalam kesantunan bahasa drama Zahira. International Journal of the Malay World and Civilisation, 1. pp. 15-26. ISSN 2289-1706

Abstract

Kesantunan berbahasa merupakan penggunaan kata-kata yang sesuai dituturkan, tidak berkonflik dan sentiasa menjaga air muka pendengar. Akhir-akhir ini, kebanyakan drama yang dihasilkan mengabaikan aspek kesantunan ketika berbahasa. Biasanya drama yang ditayangkan mempunyai jalan cerita berkisarkan percintaan, konflik perkahwinan, penceraian, gejala sosial, dan sebagainya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan ujaran yang mengandungi maksim kesopanan dalam drama Zahira. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan teks dan pendekatan kualitatif untuk menganalisis teks yang telah ditranskripsi berdasarkan drama tersebut. Prinsip Kesopanan Leech (1983) telah diguna pakai oleh pengkaji untuk menganalisis data kajian yang diperoleh. Hasil kajian menunjukkan bahawa keenam-enam maksim dalam Prinsip Kesopanan Leech terkandung dalam drama Zahira. Maksim Kesopanan Leech yang paling dominan dalam drama Zahira ialah maksim persetujuan, iaitu sebanyak 25%. Maksim persetujuan ditandai dengan persetujuan secara langsung oleh watak dalam drama dan kesepakatan tidak diabaikan ketika memberikan persetujuan. Situasi ini menjadikan komunikasi bertambah lancar dan salah faham dapat dielakkan. Sebagai rumusan, drama menjadi salah satu medium terpenting dalam memberi nilai serta memupuk kesedaran berbahasa seseorang. Oleh itu, penggunaan bahasa yang baik perlu dititikberatkan terutamanya daripada aspek kesantunan bahasa bagi membentuk masyarakat yang bersopan-santun, berbudi bahasa dan berpekerti mulia.


Download File

[img] Text (Abstract)
Prinsip kesopanan dalam kesantunan bahasa drama Zahira.pdf

Download (9kB)

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
DOI Number: https://doi.org/10.17576/jatma-2019-0701-02
Publisher: Universiti Kebangsaan Malaysia
Keywords: Language politeness; Politeness principles; Maxim; Malay drama
Depositing User: Mas Norain Hashim
Date Deposited: 26 Nov 2020 21:23
Last Modified: 26 Nov 2020 21:23
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/jatma-2019-0701-02
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81841
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item