Citation
Mohamad Bakari, Ayuni and Kamaruddin, Rohaidah
(2019)
Prinsip kesopanan dalam kesantunan bahasa drama Zahira.
International Journal of the Malay World and Civilisation, 1.
pp. 15-26.
ISSN 2289-1706
Abstract
Kesantunan berbahasa merupakan penggunaan kata-kata yang sesuai dituturkan, tidak berkonflik dan sentiasa menjaga
air muka pendengar. Akhir-akhir ini, kebanyakan drama yang dihasilkan mengabaikan aspek kesantunan ketika
berbahasa. Biasanya drama yang ditayangkan mempunyai jalan cerita berkisarkan percintaan, konflik perkahwinan,
penceraian, gejala sosial, dan sebagainya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menghuraikan
ujaran yang mengandungi maksim kesopanan dalam drama Zahira. Pengkaji menggunakan kaedah analisis kandungan
teks dan pendekatan kualitatif untuk menganalisis teks yang telah ditranskripsi berdasarkan drama tersebut. Prinsip
Kesopanan Leech (1983) telah diguna pakai oleh pengkaji untuk menganalisis data kajian yang diperoleh. Hasil
kajian menunjukkan bahawa keenam-enam maksim dalam Prinsip Kesopanan Leech terkandung dalam drama Zahira.
Maksim Kesopanan Leech yang paling dominan dalam drama Zahira ialah maksim persetujuan, iaitu sebanyak 25%.
Maksim persetujuan ditandai dengan persetujuan secara langsung oleh watak dalam drama dan kesepakatan tidak
diabaikan ketika memberikan persetujuan. Situasi ini menjadikan komunikasi bertambah lancar dan salah faham
dapat dielakkan. Sebagai rumusan, drama menjadi salah satu medium terpenting dalam memberi nilai serta memupuk
kesedaran berbahasa seseorang. Oleh itu, penggunaan bahasa yang baik perlu dititikberatkan terutamanya daripada
aspek kesantunan bahasa bagi membentuk masyarakat yang bersopan-santun, berbudi bahasa dan berpekerti mulia.
Download File
|
Text (Abstract)
Prinsip kesopanan dalam kesantunan bahasa drama Zahira.pdf
Download (9kB)
|
|
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |