Simple Search:

Kesan Pelaksanaan MS ISO 9000 Terhadap Kepuasan Bekerja dan Komitmen Organisasi Pasukan Logistik Pangkalan Tentera Darat Malaysia


Citation

Mohd Ramli, Meor Anuar Shuhaili (2003) Kesan Pelaksanaan MS ISO 9000 Terhadap Kepuasan Bekerja dan Komitmen Organisasi Pasukan Logistik Pangkalan Tentera Darat Malaysia. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Abstract / Synopsis

Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pengaruh melaksanakan MS ISO 9000 ke atas kepuasan kerja dan komitmen organisasi di Pasukan Logistik Pangkalan Tentera Darat Malaysia (TDM). Kajian ini penting kerana ketiga-tiga pasukan yang terlibat merupakan pasukan perintis dalam melaksanakan MS ISO 9000 bagi pasukan logistik TDM. Di dalam menilai kesan MS ISO 9000, sampel kajian dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pasukan Logistik Pangkalan TDM yang telah melaksanakan MS ISO 9000 dan kategori kedua ialah pasukan logistik yang tidak melaksanakannya. Bagi organisasi dari kategori pertama, pasukan tesebut ialah 91 Depot Bekalan Pusat, 91 Depot Pusat Ordinans dan 91 Worksyop Pekilangan AT. Sejumlah 650 responden diperoleh dan dari jumlah ini, 466 responden adalah di kalangan pasukan yang tidak melaksanakannya. Bakinya 184 adalah dari organisasi yang melaksanakannya. Untuk tujuan menguji kebolehpercayaan ketekalan dalaman secara keseluruhan, pengkaji menggunakan metod Pekali Alpha Cronbach kerana kesemua persoalan menggunakan kaedah pemarkatan skala Likert 7 mata. Secara keseluruhan dapatan daripada kajian diperoleh dengan menggunakan ujian statistik yang terdiri daripada Ujian - t tidak bersandar digunakan untuk mengukur hubungan antara komitmen organisasi kepuasan kerja aspek tugas dan hasrat pekerja. Khi kuasa dua digunakan untuk mengukur hubungan antara faktor demografi terpilih dengan komitmen organisasi dan kepuasan kerja. Tiga persoalan telah digunapakai oleh pengkaji sebagai petunjuk dalam proses pengumpulan dan penganalisian data-data. Persoalan berkisar kepada sama ada terdapat perbezaan atau tidak antara kedua-dua jenis organisasi dengan tumpuan kepada aspek kepuasan bekerja, komitmen organisasi, hasrat para pekerja untuk melakukan pusing ganti dan ciri-ciri tugasan. Oaripada keputusan analisis ujian-t tidak bersandar yang dijalankan didapati bahawa persoalan yang menumpukan kepada aspek kepuasan bekerja bagi subjek yang melaksanakan MS ISO 9000 dengan pasukan yang tidak melaksanakan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Persoalan lain yang memfokus kepada aspek komitmen organisasi antara pasukan yang melaksanakan MS ISO 9000 dengan yang tidak melaksanakannya adalah ditolak.


Download File

[img] PDF
GSM_2003_14_A.pdf

Download (765kB)

Additional Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Subject: ISO 9000 Series Standards - Malaysia.
Subject: Malaysia. Army - Organization - Job satisfaction.
Call Number: GSM 2003 14
Chairman Supervisor: Raduan Che Rose, PhD
Divisions: Graduate School of Management
Depositing User: Nurul Hayatie Hashim
Date Deposited: 19 Oct 2010 04:05
Last Modified: 12 Jun 2012 03:32
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8184
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item