Citation
Mohd Ramli, Meor Anuar Shuhaili
(2003)
Kesan Pelaksanaan MS ISO 9000 Terhadap Kepuasan Bekerja dan Komitmen Organisasi Pasukan Logistik Pangkalan Tentera Darat Malaysia.
Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.
Abstract
Kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pengaruh melaksanakan MS
ISO 9000 ke atas kepuasan kerja dan komitmen organisasi di Pasukan
Logistik Pangkalan Tentera Darat Malaysia (TDM). Kajian ini penting kerana
ketiga-tiga pasukan yang terlibat merupakan pasukan perintis dalam
melaksanakan MS ISO 9000 bagi pasukan logistik TDM.
Di dalam menilai kesan MS ISO 9000, sampel kajian dibahagikan kepada 2
kategori iaitu pasukan Logistik Pangkalan TDM yang telah melaksanakan
MS ISO 9000 dan kategori kedua ialah pasukan logistik yang tidak
melaksanakannya. Bagi organisasi dari kategori pertama, pasukan tesebut
ialah 91 Depot Bekalan Pusat, 91 Depot Pusat Ordinans dan 91 Worksyop
Pekilangan AT. Sejumlah 650 responden diperoleh dan dari jumlah ini, 466
responden adalah di kalangan pasukan yang tidak melaksanakannya.
Bakinya 184 adalah dari organisasi yang melaksanakannya.
Untuk tujuan menguji kebolehpercayaan ketekalan dalaman secara
keseluruhan, pengkaji menggunakan metod Pekali Alpha Cronbach kerana
kesemua persoalan menggunakan kaedah pemarkatan skala Likert 7 mata.
Secara keseluruhan dapatan daripada kajian diperoleh dengan
menggunakan ujian statistik yang terdiri daripada Ujian - t tidak bersandar digunakan untuk mengukur hubungan antara komitmen organisasi kepuasan
kerja aspek tugas dan hasrat pekerja. Khi kuasa dua digunakan untuk
mengukur hubungan antara faktor demografi terpilih dengan komitmen
organisasi dan kepuasan kerja.
Tiga persoalan telah digunapakai oleh pengkaji sebagai petunjuk dalam
proses pengumpulan dan penganalisian data-data. Persoalan berkisar
kepada sama ada terdapat perbezaan atau tidak antara kedua-dua jenis
organisasi dengan tumpuan kepada aspek kepuasan bekerja, komitmen
organisasi, hasrat para pekerja untuk melakukan pusing ganti dan ciri-ciri
tugasan.
Oaripada keputusan analisis ujian-t tidak bersandar yang dijalankan didapati
bahawa persoalan yang menumpukan kepada aspek kepuasan bekerja bagi
subjek yang melaksanakan MS ISO 9000 dengan pasukan yang tidak
melaksanakan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan. Persoalan
lain yang memfokus kepada aspek komitmen organisasi antara pasukan
yang melaksanakan MS ISO 9000 dengan yang tidak melaksanakannya
adalah ditolak.
Download File
Additional Metadata
Actions (login required)
|
View Item |