UPM Institutional Repository

Persepsi pemegang taruh terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan di kampus universiti


Citation

Mohamed, Nor Aini and Abu Samah, Asnarulkhadi and Kamaruddin, Nurul Akhtar and D’Silva, Jeffrey Lawrence and Mohamed Shafril, Hayrol Azril and Dahalan, Dzuhailmi (2019) Persepsi pemegang taruh terhadap sistem perkhidmatan pengangkutan di kampus universiti. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 15 (2). pp. 44-56. ISSN 2180-2491; ESSN: 2682-7727

Abstract

Sistem perkhidmatan pengangkutan merupakan elemen utama dalam sesebuah kampus universiti yang didiami oleh komuniti yang mempunyai ciri yang pelbagai. Komuniti universiti yang terdiri daripada pelajar, staf dan pelawat menjalankan pelbagai aktiviti harian yang menjadikan kampus universiti adalah sebagai satu bandar yang sibuk. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan sistem perkhidmatan pengangkutan berdasarkan persepsi pemegang taruh di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik melibatkan 1,373 orang responden yang terdiri daripada pelajar (prasiswazah dan siswazah), staf (akademik, pengurusan dan profesional, pelaksana) dan pelawat dengan menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Analisis data kajian adalah secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan pemegang taruh mempunyai persepsi yang positif terhadap item bagi domain operasi pintu pagar, parkir, dan perkhidmatan bas berdasarkan nilai skor min yang tinggi. Manakala, item bagi domain papan tanda arah, aliran trafik, dan sikap pengguna menunjukkan nilai skor yang sederhana. Kesimpulannya, responden berpuas hati dengan sistem perkhidmatan pengangkutan, namun penambahbaikan masih perlu dilaksanakan selaras dengan misi dan matlamat universiti. Implikasinya, sesebuah kampus universiti yang lestari memerlukan sistem perkhidmatan pengangkutan di kampus yang cekap dan tidak menjejaskan alam sekitar dengan menggalakkan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki. Hal ini akan memberi kesan positif kepada pencapaian universiti secara keseluruhan dan menghasilkan komuniti universiti yang produktif.


Download File

Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://ejournals.ukm.my/gmjss/issue/view/1187

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Institute for Social Science Studies
DOI Number: https://doi.org/10.17576/geo-2019-1502-04
Publisher: UKM Press
Keywords: Campus university; Parking; Stakeholders; Transportation service system; University community; Users attitude
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 17 May 2024 03:19
Last Modified: 17 May 2024 03:19
Altmetrics: http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.17576/geo-2019-1502-04
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81684
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item