Citation
Abstract
Penggunaan vokal alif pada suku kata tertutup (KVK) dalam sistem tulisan Jawi agak bercelaru dan tidak mempunyai peraturan yang tetap. Upamanya pada ejaan كنديس] kan.dis] dan كمبي] kam.bi] vokal alif digugurkan, manakala pada ejaan كاندوڠ] kan.dung] dan سامبر] sam.bar] vokal alif dimasukkan pada suku kata tertutup pertama dalam perkataan tersebut. Hal yang sebegini menyebabkan berlakunya kekeliruan dalam kalangan pengguna tulisan Jawi. Kajian ini cuba menganalisis dan menghurai permasalahan pengguaan vokal alif ini pada suku kata tertutup berdasarkan kaedah fonetik. Ia juga bertujuan untuk melihat masalah penggunaan vokal alif ini dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Kajian ini menggabungkan kaedah teoritikal dan kuantitatif. Dalam kajian teoritikal, pengkaji menerapkan teori fonetik dan fonologi untuk menghurai dan membentuk teori penulisan Jawi yang lebih tersusun. Responden kajian ini terdiri daripada 26 orang pelajar Bacelor Usuluddin dan Falsafah UKM dan 25 orang pelajar Bacelor Bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia. Kajian mendapati bahawa pelajar UKM dan UPM bermasalah menggunakan vokal alif dalam sistem tulisan Jawi yang ada sekarang. Kajian ini mencadangkan supaya sistem tulisan Jawi perlu dipinda berdasarkan kaedah fonetik dan fonologi bagi memudah proses pembelajaran dan pengajaran Jawi di Malaysia.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://journal.pbmitt.org.my/index.php/vol-7-no-1...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
Publisher: | Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur |
Keywords: | Vocal; Jawi spelling; Syllable; Phonetic |
Depositing User: | Ms. Nur Faseha Mohd Kadim |
Date Deposited: | 07 Feb 2023 01:27 |
Last Modified: | 07 Feb 2023 01:27 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81652 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |