UPM Institutional Repository

Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di negeri Selangor Darul Ehsan


Citation

Mohd Ayup, Mohd Taufik and Mohd Yusoff, Ahmad Nasir (2019) Penerapan elemen kerohanian dalam program penjagaan kebersihan sekolah menengah di negeri Selangor Darul Ehsan. Jurnal Al-Anwar, 8 (2). pp. 51-64. ISSN 0128-0279

Abstract

Menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan kawasan persekitaran bukan perkara kecil dalam agenda pembangunan negara. Kebersihan persekitaran yang baik mendorong pelestarian tamadun yang stabil. Ibn Khaldun dalam’al-Muqadimah’, menghuraikan kepentingan menjaga kebersihan udara di kawasan yang didiami. Gas-gas yang kotor yang terbebas ke udara akan mencemarkan udara yang bersih dan mengganggu kesihatan masyarakat setempat. Kesihatan masyarakat yang merundum menjadikan masyarakat lemah dan lebih mudah menghidap pelbagai penyakit. Pelbagai gejala pencemaran berlaku pada zaman kini seperti pencemaran air dan udara, lambakan sampah serta saliran dan sungai dipenuhi sampah sarap. Isu dan masalah yang diceritakan Ibn Khaldun seperti pernyataan di atas berlaku pada abad ke-14 sudah menjadi kebimbangan yang besar pada ketika itu dan ini memberikan gambaran bahawa taraf kebersihan pada masa kini berada dalam tahap yang buruk. Amalan menjaga kebersihan, keindahan dan keselamatan diberikan perhatian dalam sistem pendidikan sekolahsekolah di Malaysia melalui Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar). Objektif penulisan ini ingin mengenal pasti pengetahuan pelajar sekolah menengah di Selangor terhadap Program 3K berkaitan kebersihan, kerohanian dalam program penjagaan kebersihan dalam Program 3K di sekolah-sekolah menengah di negeri Selangor, keberkesanan Program 3K dan persepsi pelajar terhadap tanggungjawab menjaga kebersihan kawasan persekitaran.


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Human Ecology
Publisher: Jurnal Persatuan Bekas Mahasiswa Islam
Keywords: Implementation; Spirituality; Maintenance of cleanliness; Secondary school
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 16 May 2024 03:43
Last Modified: 16 May 2024 03:43
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81643
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item