Citation
Abstract
Pujian merupakan salah satu lakuan bahasa yang dikenal pasti berupaya melancarkan komunikasi. Namun sekiranya diujarkan dalam komunikasi silang budaya, ianya bukan hanya berbeza dari pengaplikasiannya malah berbeza dari segi penyampaian, kekerapan dan fungsinya. Objektif kajian ialah meneliti lakuan bahasa pujian dalam bahasa Jepun oleh pemandu pelancong Malaysia berbahasa Jepun terhadap pelancong Jepun di sepanjang sesi lawatan pemanduan pelancongan. Kajian ini adalah kajian kualitatif daripada data rakaman audio, visual dan catatan pemerhatian terhadap interaksi empat orang pemandu pelancong berbangsa Melayu menggunakan bahasa Jepun semasa berinteraksi dengan 12 orang pelancong Jepun pada empat set sesi lawatan pemanduan pelancongan pakej Free Independence Travellers (FIT). Dapatan kajian menunjukkan pengujaran pujian dari segi fungsi, strategi dan penggunaan topik adalah bertepatan dengan budaya sasaran walaupun dalam konteks pertembungan budaya. Walau bagaimanapun, corak maklum balas terhadap pengujaran pujian oleh pelancong Jepun didapati melangkaui dan tidak menepati norma dan aturan sosial yang sepatutnya dalam budaya Jepun. Pengujaran pujian yang diaplikasikan dalam konteks silang budaya ini walaupun bercanggahan dengan norma budaya, ia tidak cenderung ke arah tercetusnya konflik. Kajian ini memberi pendedahan berkenaan pengujaran pujian yang seharusnya kepada para pemandu pelancong semasa mengendalikan sesi lawatan kerana dengan pengujaran pujian yang bersesuaian akan dapat meningkatkan lagi kelancaran komunikasi yang menggunakan medium bahasa Jepun. Kajian ini diharapkan akan menjadi rujukan kepada mereka yang terlibat dalam pendidikan bahasa Jepun untuk pelancongan dan menjadi panduan dalam meningkatkan penguasaan komunikasi silang budaya.
Download File
Full text not available from this repository.
Official URL or Download Paper: https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonu...
|
Additional Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Divisions: | Faculty of Modern Language and Communication |
DOI Number: | https://doi.org/10.24200/jonus.vol4iss1pp23-48 |
Publisher: | SciTech Solutions |
Keywords: | Compliments; Compliment speech act; Guided tour session; Japanese tourist,tour guide |
Depositing User: | Ms. Zaimah Saiful Yazan |
Date Deposited: | 16 May 2024 02:53 |
Last Modified: | 16 May 2024 02:53 |
Altmetrics: | http://www.altmetric.com/details.php?domain=psasir.upm.edu.my&doi=10.24200/jonus.vol4iss1pp23-48 |
URI: | http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81642 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |