UPM Institutional Repository

Pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian bahan bantu mengajar Bahasa Arab


Citation

Husaini, Muhammad Haron and Mohd Pisol, Mohd Izzuddin and Mat Razali, Ahmad Shafiq and Mat Saad, Diyak Ulrahman and Mohamad, Ab. Halim (2019) Pembinaan dan pengesahan instrumen penilaian bahan bantu mengajar Bahasa Arab. Journal Al-Anwar, 8 (2). pp. 39-50. ISSN 0128-0279

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk membangun dan mengesahkan instrumen untuk menilai amalan pengajaran, kekerapan dan kesediaan penggunaan bahan bantu mengajar bahasa Arab (IPBBMBA) di sekolah menengah Malaysia daripada perspektif guru. Berdasarkan kajian literatur, soal selidik guru dan analisis instrumen sedia ada, konstruk dikenal pasti dan item yang menyumbang kepada amalan penggunaan, kekerapan dan kesediaan para guru untuk mengguna bahan bantu mengajar telah dibangunkan. Kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas instrumen yang dibina.Kesahan instrumen melibatkan tiga orang pakar dalam bidang pendidikan bahasa Arab. Seramai 427 orang guru terlibat dalam kajian ini. Hasilnya instrumen baru yang dibangunkan ini terdiri daripada3 komponen utama. Komponen amalan pengajaran merangkumi 4 konstruk. Komponen kekerapan penggunaan 1 konstruk manakala komponen kesediaan penggunaan pula mengandungi 5 konstruk. Jumlah keseluruhan item bagi IPBBMBA termasuk demografi responden adalah 82 item.Muatan faktor atau klasifikasi indeks kebolehpercayaan untuk setiap item adalah dalam julat 0.60 dan ke bawah hingga 0.90 dan ke atas. Hasil kajian juga menunjukkan nilai alpha bagi semua komponen adalah dalam julat 0.435-0.931 dengan purata 0.736. Dapatan kajian ini jelas menunjukkan instrumen ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunapakai dalam menilai amalan pengajaran, kekerapan dan kesediaan penggunaan bahan bantu mengajar bahasa Arabsekolah menengah di Malaysia


Download File

Full text not available from this repository.

Additional Metadata

Item Type: Article
Divisions: Faculty of Modern Language and Communication
Publisher: Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah
Keywords: Arabic language; Teaching aid material; Validity and realiability
Depositing User: Ms. Zaimah Saiful Yazan
Date Deposited: 16 May 2024 02:17
Last Modified: 16 May 2024 02:17
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/81636
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item