UPM Institutional Repository

Bukit Ekspo Kembali Meriah Dengan Pesta Konvo UPM


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Bukit Ekspo Kembali Meriah Dengan Pesta Konvo UPM. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 1 Sep – Bukit Ekspo Universiti Putra Malaysia (UPM) kembali meriah dengan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen sempena Majlis Konvokesyen UPM ke 34 dari 8 hingga 13 Oktober setelah kali terakhir dibuat tiga tahun lalu. Ekspo Pertanian UPM dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada 8 Oktober lalu dengan kementeriannya turut menyediakan s20 lot pameran dalam ekspo itu. Pengarah Ekspo, Prof. Madya Dr. Mahmud Tengku Muda Mohamed “Lokasi Pesta Konvo di kawasan seluas 5 hektar itu amat popular setiap tahun sejak tahun 1977 hingga 2007 sebelum ditukar ke kawasan berhampiran Dewan Besar UPM. “Sambutan daripada masyarakat amat menggalakkan kerana Pesta Konvo UPM berbeza dengan IPTA lain iaitu melibatkan jualan anak-anak benih pokok buah-buahan dan orkid hasil UPM dengan harga berpatutan selain pameran dan jualan ternakan,” katanya. Beliau berkata keunikan Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ialah ia berteraskan pertanian seperti pameran dan jualan hasil pertanian serta produk hiliran oleh UPM, agensi kerajaan dan swasta sebanyak 150 lot niaga/pameran. Selain meraikan graduan dan keluarga mereka sempena Majlis Konvokesyen UPM ke 34, program itu bertujuan memperkenalkan UPM sebagai peneraju pertanian tropika melalui aktiviti pengajaran, penyelidikan, khidmat profesional yang berkaitan dengan pertanian. Kemudahan bas disediakan untuk membawa orang ramai dari Panggung Percubaan (belakang Dewan Besar)UPM ke lokasi ekspo.


Download File

[img]
Preview
PDF
Bukit_Ekspo_Kembali_Meriah_Dengan_Pesta_Konvo_UPM.pdf

Download (83kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Muizzudin Kaspol
Date Deposited: 15 Oct 2010 04:18
Last Modified: 27 May 2013 07:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8150
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item