UPM Institutional Repository

Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT


Citation

Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2010) Budaya Debat Perlu disemai Oleh Pelajar IPT. [UPM News]

Abstract

SERDANG, 18 Oktober - Budaya debat perlu disemai oleh pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi memastikan negara tidak ketandusan pendebat berkaliber pada masa depan. Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata aktiviti debat kini merupakan lapan teras utama kokurikulum di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “Kementerian melihat secara serius acara debat sebagai platform terbaik pembinaan karektor pelajar IPT. Debat kini merupakan kluster ke-8 di bawah aktiviti ‘public speaking’ bertujuan menggalakkan pelajar menerokai idea baharu di samping memberikan impak kepada masyarakat masa kini.” “Pada masa ini, debat belum lagi menjadi satu budaya terutamanya di kalangan pelajar universiti negara ini,” katanya pada majlis Sidang Media Pra Pelancaran Kejohanan Debat – World Universities Peace Invitational Debate (GEMS-WUPID) anjuran Bahagian Komunikasi Korporat bersama H&G Strategic Communications di Hotel Legend baru-baru ini. Beliau berharap dengan penganjuran kejohanan GEMS-WUPID membolehkan pendebat bertukar-tukar pandangan selain memperbaiki kemahiran komunikasi masing-masing. “Kejohanan ini berkonsepkan sistem debat yang diamalkan di Parlimen United Kingdom (UK) iaitu melibatkan empat kumpulan yang terdiri daripada dua pendebat bagi setiap sesi,” katanya. Pengarah Jawatankuasa Penganjuran GEMS-WUPID, Shamsul Azhar Ismail berkata sebanyak 30 universiti dari seluruh dunia dijangka menyertai GEMS-WUPID yang akan diadakan di UPM pada 18 Disember depan. “WUPID bukan sahaja sekadar kejohanan debat ia juga adalah pemasaran idea dan menjadi platform para belia berbincang serta membahas polisi antarabangsa yang dicadangkan,” katanya. Sementara itu, objektif kejohanan ini adalah untuk melahirkan pendebat universiti yang terbaik bagi membincangkan serta membahaskan isu berkaitan dengan keamanan dan formula penyelesaian sebarang kemungkinan semasa sesi debat. Selain itu, aktiviti debat seperti ini dapat menyuburkan toleransi dan hormat menghormati antara para pendebat.


Download File

[img]
Preview
PDF
Budaya_Debat_Perlu_disemai_Oleh_Pelajar_IPT.pdf

Download (77kB)

Additional Metadata

Item Type: UPM News
Depositing User: Mardhiah Mat Jusoh
Date Deposited: 08 Nov 2010 10:06
Last Modified: 27 May 2013 07:37
URI: http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/8145
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item